DAP Gesa Status Ketua Pembangkang Bertaraf Menteri

alt

KUALA LUMPIR 23 Okt - DAP hari ini menyarankan pihak kerajaan agar mengiktiraf Ketua Pembangkang dengan menawarkan status bertaraf menteri kabinet.

Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming berkata ketua pembangkang juga perlu menikmati jumlah emolumen dan elaun yang diberikan kepada anggota jemaah menteri.

"Ketua Pembangkang juga perlu diberikan kakitangan pejabat yang cukup bagi membolehkannya menjalankan tugas dan memainkan peranan 'check and balance' ke atas kerajaan pusat secara efektif," katanya kepada pemberita ketika membuat sidang media di Lobi Parlimen disini, hari ini.

Tambah Nga, institusi ketua pembangkang di Malaysia jelas jauh ketinggalan dengan layanan yang diberikan berbanding negara lain yang mengamalkan sistem 'Westminister' demokrasi berpalimen yang sama.

Jelasnya, tiada peruntukkan yang diberikan kepada ketua pembangkang bahkan pejabat ketua pembangkang hanya mempunyai tiga orang pembantu sahaja.

"Ini menyukarkan pembangkang menjalankan pemeriksaan ke atas kerajaan khususnya dibandingkan dengan Jabatan Perdana Menteri sahaja yang mempunyai beribu orang kakitangan dengan jumlah bajet pengurusan melebihi RM4.2 bilion setahun," katanya.

Selain itu, beliau turut menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluluskan tawaran tersebut menerusi pembentangan Bajet 2014 Jumaat ini.

Sebelum ini, Anwar telah menyatakan pendirian menolak sebarang  jawatan dalam kerajaan jika ditawarkan oleh pihak Kerajaan.

Kenyataan beliau merujuk spekulasi yang menyatakan bahawa beliau telah ditawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan empat pemimpin dalam partinya jawatan menteri Kabinet pada bulan Jun lalu.
*SUMBER :http://www.rakyatnews.my/

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.