03/10/13 – Pengunjung laman ini yang bernama ‘anak tiri’ mendesak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tampil memberi penjelasan berkenaan status ‘Zairil Khir Johari’.
Menurutnya, banyak kekeliruan daripada penggunaan nama ‘Zairil Khir Johari’ yang seolah-olah merujuk kepada anak kandung Allahyarham Tan Sri Mohamed Khir Johari.
“Zairil anak tiri Khir Johari. Ibu bapa dia berbangsa China. Bila emak dia kahwin dengan Khir Johari dia guna nama Zairil Khir Johari bin Abdullah tetapi telah ditukar kepada Zairil Khir Johari saja dalam kad pengenalan dia.
“Bagaimana ini boleh berlaku? Adakah nama dia dalam surat beranak dia pun sudah ditukar? JPN mesti beri penjelasan?
“Nama dalam surat beranak mesti sama dengan nama dalam kad pengenalan,”katanya ketika mengulas artikel “Status Melayu Zairil Terus Dipertikai.”
Status Zairil
Seorang lagi pengunjung yang bernama ‘bunga’ kerkata nama Zairil diberikan oleh Tan Sri Khir Johari apabila beliau berkahwin dengan Rose Christine Lim (Setiausaha Tan Sri Khir) pada tahun 1996.
“Zairil dilahirkan pada 17.10.1982 di Hawaii. Bapa beliau Howard Lim. Zairil berusia 13 tahun semasa ibunya berkahwin dengan Tan Sri Khir Johari.
“Zairil pemegang Kad Pengenalan No 821017-71-5183 (kod 71 menunjukkan dia bukan dilahirkan di dalam Malaysia). Nama asal dia Christopher Ross Lim,”katanya.
Menurutnya, penjelasan lanjut tentang latar belakang Zairil boleh dibaca ditunkuaisha.blogspot.com.
0 comments:
Post a Comment