PRK Sungai Limau : BN, PAS 'Jual' Calon Terhebat

alt
YAN 23 Okt - Penamaaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau tamat tepat jam 10 pagi selepas kedua-dua calon dari Barisan Nasional (BN) menyerahkan borang penamaan satu jam sebelum itu.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir menjelaskan, calon BN, Ahmad Sohaimi lazim yang diketengahkan amat berkaliber dan mempunyai latar belakang agama yang kuat.

"Kita optimis kita mempunyai peluang walaupun kerusi ini telah sekian lama berada di bawah (pentadbiran) PAS.
alt
"Dengan bantuan jentera dan semangat parti, kita akan ada peluang yang terbuka," katanya di Dewan Dato Madi, Yan, hari ini.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Jerai Datuk Seri Jamil Khir Baharom menjelaskan, pengalaman Sohaimi dalam mengajar sekolah pondok turut memberi impak positif kepada jumlah sokongan kepada beliau tambahan karakternya yang mudah disenangi.
alt
"Kita yakin beliau mampu untuk membawa wadah perjuangan agama dan Islam serta membawa perubahan sepertimana sokongan hebat akar umbi yang hadir hari ini menunjukkan perubahan yang diingini di sini.

"... BN kali ini memperkenalkan seorang yang berkelulusan PhD (Doktor Falsafah) dan juga seorang yang berlatar belakang pendidikan yang baik. 'Trek Rekod' ini mampu kita ketengahkan untuk dibandingkan pada pertandingan kali ini," ujarnya.

Sementara itu, PAS yang mengenengahkan Mohd Azam Abdul Samad sebagai calonnya bagi PRK kali ini dengan program terbaru Pakatan Rakyat (PR) dalam mengarus perdanakan DUN tersebut.
alt
Timbalan Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, Mohd Azam tidak membawa imej Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak tetapi sebuah imej baru untuk mentransformasikan kawasan yang diwakilinya.

"Kita bawa anak muda yang berumur 37 tahun bagi membawa suntikan (kepada belia) seperti Ustaz Mohd Azam.

"Mohd Azam adalah calon baru.. tidak timbul isu 'new Azizan' kerana perwatakan seseorang itu sudah tentu tidak sama tetapi saya kira bahawa, dia (Azam) akan membawa (kepimpinan) visi dan misi Almarhum Ustaz Azizan iaitu mengekalkan politik di Sungai Limau dan Parlimen Jerai yang harmoni dan politik damai," katanya.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.