TPPA Tidak Akan Jejas Usahawan Bumiputera

alt

KUALA LUMPUR, 23 Okt - Kerajaan akan memastikan kepentingan usahawan Bumiputera tidak terjejas apabila Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) ditandatangani kelak.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Hamim Samuri berkata, segala hak rakyat akan diutamakan dan terjamin dalam rundingan TPPA agar ia memberi faedah kepada semua pihak.

"Kerajaan akan melaksanakan program 'capaian' kepada komuniti perniagaan semua kaum, termasuk Bumiputera, agar dapat meraih faedah dan tidak ketinggalan.

"Kerajaan sentiasa komited untuk memastikan pembinaan kapasiti dalam kalangan peniaga, usahawan dan pengeluar Bumiputera agar dapat bersaing dengan semua peniaga dan usahawan di dalam dan luar negara," katanya ketika menjawab soalan tambahan Dr Noor Azmi Ghazali (BN-Bagan Serai) di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjelaskan, kaedah pelaksanaan program ini masih dalam penelitian dan pertimbangan dan dijangka meliputi pelbagai kumpulan pihak berkepentingan dengan objektif yang mungkin berbeza.

Katanya, antara program capaian untuk syarikat Industri Kecil dan Sederhana (IKS) itu merangkumi penerangan mengenai bab-bab berkaitan IKS, faedah dan peluang yang boleh diperoleh dan diterokai dalam perjanjian itu.

"Ia juga akan mengenal pasti bidang kerjasama atau pembangunan kapasiti yang diperlukan oleh IKS supaya ia dapat dibincangkan secara bersama dengan negara TPPA yang lain," ujarnya.

Hamim berkata program capaian itu yang juga akan dilaksanakan untuk badan bukan kerajaan serta orang awam, merangkumi penerangan mengenai perjanjian berkenaan.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.