Pemilihan UMNO Bukti Semangat Perpaduan

alt

PUTRAJAYA 20 Okt - Penganjuran Pemilihan Agung UMNO bagi sesi 2013-2016 dari kalangan calon yang bertanding dengan menunjukkan semangat perpaduan sebagai satu pasukan.

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tiada sebarang istilah pasukan A dan B sepertimana yang berlaku dalam sejarah UMNO.

"Yang menang tentulah ada amanah dan tanggungjawab yang besar yang harus dipikul, seperti yang dikehendaki oleh pucuk pimpinan parti," katanya kepada pemberita di IOI Resort, Putrajaya, hari ini.

Tambah beliau, kekalahan dalam pemilihan kali ini bukan bermaksud tamatnya karier sebagai ahli politik

"Kita mahu melihat bahawa kita bertaut semula supaya semangat perjuangan parti semakin kukuh," katanya.

Menurut Muhyiddin, agenda yang hendak dilaksanakan untuk tempoh mendatang adalah cukup besar termasuk cabaran pada Pilihanraya Umum ke 14 serta proses transformasi nasional dalam menjadikan Malaysia sebagai negara maju.

"Sebab itu kita nak melihat UMNO sebagai sebuah parti yang unggul, kukuh dari segi kerjasama dan perpaduan antara ahli serta tiada isu-isu yang boleh menghalang dari melaksanakan agenda transformasi nasional," ujarnya lagi.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.