KUCHING 21 Okt - Ketua Menteri Sarawak, Pehin Seri Abdul Taib Mahmud berkata isu larangan penggunaan kalimah Allah oleh penganut bukan Islam tidak memberi kesan di negeri itu kerana etnik di sini mengamalkan sikap saling menghormati.
Menurut Abdul Taib, persefahaman masyarakat yang saling menghormati berlandaskan prinsip bersatu padu telah diamalkan sejak sekian lama sekaligus membawa suasana kehidupan harmoni.
"Bagi kami (di sini )tiada isu, kita hidup dalam pelbagai kaum dan agama dalam keadaan harmoni," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) ke-13 yang di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) hari ini.
Majlis yang disempurnakan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak itu turut dihadiri isteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Dalam pada itu Abdul Taib yang juga Presiden PBB memberitahu persefahaman dan rasa hormat-menghormati itu merupakan sifat semulajadi masyarakat negeri itu.
Sambil mengambil contoh amalan kunjung-mengunjungi antara masyarakat yang tinggal di Rumah Panjang dengan masyarakat di kota dapat diamalkan dengan suasana harmoni tanpa beralas fahaman agama mahupun kaum.
"Ini apa yang kita rasa semulajadi," tegas beliau.
0 comments:
Post a Comment