Pegawai bank mati ditembak di kepala
SUBANG JAYA: Seorang pegawai bank maut selepas ditembak seorang pegawal keselamatan bank yang mahu merompak wang di dalam bilik kebal bank terbabit.
Kejadian berlaku di cawangan bank berkenaan di USJ 2 Sentral, Subang Jaya.Menurut sumber polis, mangsa seorang wanita berusia 37 tahun, difahamkan bersama suspek serta empat lagi pegawai bank berada di dalam bilik kebal dipercayai mahu menyimpan sejumlah wang kira-kira pukul 6.18 petang.
Bagaimanapun suspek yang berasal dari Sabah yang bersenjatakan 'pump gun' itu telah melepaskan tembakan dan mengenai kepala mangsa.Suspek kemudiannya telah melarikan diri bersama sejumlah wang dengan menaiki motosikal.
Bagaimanapun, jumlah wang yang dilarikan tidak diketahui...
Al-Fatihah ...
Mendapat berita seorang pekerja Am bank Usj meninggal dunia... Rompakan yang dilakukan sendri oleh pngawal keselamatan mengunakan pump gun... Mangsa berada di bilik kebal ketika kejadian... Aku terfikir andai Hudud dilaksanakan adakah perkara ini akan terjadi.. Al Fatiha buat mangsa.. Takziah buat keluarga.... Kejadian petang tadi berlaku.. -Mohd Firdaus
Update
Update
Harap Sebarkan
Selamat malam tuan. Kejadian rompakan bersenjata oleh pengawal keselamatan sendiri di Ambank no.5&7, jalan usj sentral2 usj sentral subang jaya. Mangsa kerja sebagai opration officer AmBank nama Noazita bt abu talib u/37thn.kerja selama 16thn dgn ambank. Kejadian pada 23.10.13 jam l/kurang 1818hrs di bilik kebal telah berlaku kejadian tembakan daripada saspek nama Ardi bin Hamza U/37thn beralamat jalan apas batu 2 no70 tawau sabah, senjata jenis pumpgun, sebanyak 1 das tembakan mengenai muka mangsa ketika sedang membuka peti kebal dan melarikan wang dlm jumlah yng tidak diketahui, kenderaan saspek gunakan sedang di kesan disyaki motosikal, pihak forensik ipk selangor telah dimaklumkan dan dlm perjalanan.semasa kejadian seramai 5 staf termasuk suspek, laporan lanjut akan menyusul.tel saspek no. 01133070204.tk tuan
sumber: kerabubersuara
SUBANG JAYA: Polis sedang mengesan seorang pengawal keselamatan bank yang menembak mati seorang wanita kakitangan bank yang dirompaknya di sebuah bank di USJ Sentral, petang tadi.
Walaupun bergerak sendirian, lelaki berusia dalam lingkungan lewat 30-an ini dikategorikan berbahaya kerana memiliki senjata api yang digunakan dalam rompakan berdarah pada 6.18 petang tadi.
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, identiti sebenar lelaki itu masih dikenal pasti berikutan dia dipercayai menggunakan kad pengenalan palsu sejak berkhidmat dengan syarikat kawalan keselamatan yang menjadi majikannya sejak setahun lalu.
"Suspek masih bersenjata dan kita harap orang ramai berhati-hati selain menyalurkan maklumat segera sekiranya bertemu lelaki terbabit," katanya kepada media di tempat kejadian.
Dalam kejadian itu, pegawai operasi bank Ambank, Norazita Abu Talib, 37, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala akibat ditembak dengan senjata jenis pump gun oleh suspek berusia 37 tahun yang berasal dari Sabah.
Difahamkan, ketika kejadian itu, mangsa bersama suspek serta tiga lagi pekerja wanita bank itu berada di premis berkenaan untuk membuka sebuah peti besi.
Dipercayai apabila peti pintu kebal itu dibuka, suspek kemudian melepaskan tembakan dan mengenai dahi mangsa yang meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian.
Suspek sempat mengambil sejumlah wang itu telah melarikan diri dengan sebuah motosikal.
Abdul Rahim berkata, siasatan mendapati ketika kejadian suspek bersama si mati dan tiga lagi wanita yang bekerja di bank berkenaan.
"Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (cctv) di bank ini, kita dapati suspek berusia 37 tahun tidak gementar atau ragu-ragu ketika melakukan perbuatan berkenaan.
"Lelaki terbabit dilapor melepaskan tembakan ke arah mangsa sebelum mengarahkan seorang lagi pekerja memasukkan duit ke dalam beg hitam yang dibawanya selepas si mati membuka pintu kebal berkenaan.
"Akibat tembakan itu, wanita terbabit yang bekerja sejak 16 tahun di bank ini maut di tempat kejadian," katanya yang turut mengedarkan gambar suspek kepada media di lokasi kejadian.
Ditanya wartawan mengenai status suspek, Abdul Rahim berkata, lelaki terbabit adalah pekerja (pengawal keselamatan) yang menggantikan orang lain ketika kejadian.
"Suspek bergerak sendirian dalam kejadian itu. Dia ganti orang lain pada hari ini dan pernah menggantikan empat ke lima kali mengawal bank ini sepanjang setahun dia bekerja dengan syarikat keselamatan berkenaan," katanya.
Katanya, keraguan dalam kad pengenalan milik suspek yang disyaki palsu itu akan dipastikan selepas ini dengan merujuk kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Menurutnya, pihaknya juga akan memeriksa cctv di kawasan berhampiran.
Katanya, sehingga kini pihaknya masih belum dapat memastikan jumlah wang yang dilarikan suspek dan berkemungkinan bernilai ratusan ribu ringgit.
Katanya, mangsa sudah bekerja di bank berkenaan sejak 16 tahun lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK).
Read more: http://pakat-pakatkalih.blogspot.com/2013/10/rompak-tragis-pegawal-keselamatan-bank.html#ixzz2ib3KoLFW
0 comments:
Post a Comment