Khairy : Demokrasi dalam UMNO Masih Subur

alt

KUALA LUMPUR 13 Okt -  Pemilihan kali ini membuktikan demokrasi dalam UMNO masih subur, malah ia juga cukup telus kerana pemilihan ditentukan oleh ahli itu sendiri.

Penyandang Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, pemikiran prograsif yang dibawa selama ini dapat diterima oleh sayap parti itu sehingga ke akar umbi.

"Pemilihan kali ini bagi saya adalah pertembungan pemikiran progresif dan regresif yang dibawa oleh pencabar saya. Jika berjaya (menang), bermakna pemikiran progresif diterima oleh akar umbi.

"Saya bukan suka-suka bawa agenda progresif dalam pemuda UMNO, jadi saya kena pastikan Exco Pemuda yang menang betul-betul memahaminya," katanya ketika ditemui di PWTC sini, awal pagi tadi.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi semalam, Khairy yang dicabar oleh Akramsyah Sanusi; Syed Rosli Syed Harman; Irwan Ambak Khalid Izhar dan Khairul Izwan Harun berjaya mempertahankan jawatan yang disandangnya dengan memperoleh lebih 140 undi daripada 191 bahagian.

Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, beliau yakin tidak akan ada perpecahan yang besar akan berlaku dalam sayap parti itu.

"Sistem pemilihan yang baru ini adalah sistem yang telus dan cukup terbuka, siapa saja boleh bertanding dan sukar untuk diramal. Jika dulu saya kenal 800 perwakilan, namun kali ini ia ditentukan puluhan ribu perwakilan akar umbi.

"Sehingga kini hanya pemilihan pemuda UMNO bahagian Gelanga Patah, Johor yang masih lagi ditangguhkan kerana masalah teknikal dan secara keseluruhannya berjalan lancar." Katanya.

Tamba Khairy, walaupun tidak dicabar oleh calon 'heavyweight', namun, ia tetap mencabar dan sukar untuk diramal kemenangan kerana yang membuat keputusan adalah ahli di peringkat akar umbi.

Pengerusi Tetap:

1. ZUBIR ZABIDI – 13
2. ABDUL FATAH ABDULLAH – 112
3. SYED AZMI AHMAD SYED NAZIR AHMAD – 181

Timbalan Pengerusi Tetap:

1. MUHAMAMAD YADAN MOHAMAD – 25
2. AHMAD MUSWAHIR ABDULAH – 05
3. BAHRUL RAZHA CHUPPRAT – 181
4. HISHAM AHMAD SABRI – 92
5. MOHD SHOUBLI JAMAL – 05

Ketua Pemuda UMNO Malaysia:

1. KHAIRI JAMALUDDIN ABU BAKAR – 295
2. SYED ROSLI SYED HARMAN – 3
3. AKHRAMSYAH MUAMMAR UBAIDAH SANUSI – 7
4. IRWAN AMBAK KHALID IZHAR – 0
5. ABD KARIM ALI – 0

Naib Ketua Pemuda UMNO Pusat:

1. JAMAWI JAAFAR – 127
2. LOKMAN NOR ADAM – 11
3. MOHAMAD IRUAN ZULKIFLI – 121
4. KHAIRUL AZWAN HARUN – 46

Exco Pemuda UMNO Pusat:

1. ARMAN ADZHA ABU HANIFA – 301
2. TENGKU ZUHRI TENGKU ABD AZIZ – 298
3. JEFRIZAL MOHD JAAFAR – 295
4. NAZIR HUSSIN AKHTAR HUSSIN – 294
5. FATHUL BARI MAT JAHYA – 288
6. MUA’AMAR GHADAFI JAMAL – 284
7. ONN HAFIZ GHAZI – 280
8. AHMAD MUKHRIZ AHMAD FUAD – 278
9. MOHAMED HAZALI ABU HASSAN – 276
10. DAZMA SHAH DAUT @ DAUD – 276
11. SYAMSUL BAHARIN BIN PUTRA – 273
12. MOHAMED NOR MOHAMED AMIN – 272
13. SHAHRIZAL MAN HARUN – 271
14. ARMIZAN MOHD ALI – 269
15. MOHD NAJIB MOHD ISA – 268
16. JEFRI SALIM – 266
17. AZRINIZAM IBRAHIM – 193
18. SHEIKH AHMAD NAFIQ SHEIKH RAHMAN – 173
19. MOHAMAD NAJUIB MOHAMAD SHAHAIMI – 173

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.