Nik Aziz : PAS Perlu Berwaspada

alt
SHAH ALAM 7 Okt -  Pemimpin Pas diingatkan supaya tidak terlalu yakin menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau.
 
Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, semua pihak di dalam parti dan Pakatan Rakyat (PR) perlu berwaspada menghadapi  PRK pada 4 November depan.
 
"Saya berharap agar semua lapisan pimpinan parti Pas tidak memandang ringan cabaran Umno - BN di dalam PRK Dun Sungai Limau nanti.
 
"Sekalipun Pas menerusi Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan memenangi kerusi tersebut dengan majoriti yang agak besar, namun di dalam PRK, pelbagai kemungkinan boleh terjadi," katanya yang dipetik dalam laman Facebooknya, hari ini.
 
Beliau juga mengingatkan pemimpin Pas supaya meningkatkan usaha pada tahap maksimum untuk mempertahankan kerusi Dun Sungai Limau kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku pada PRK kedua ini.
 
Pada bulan lalu, penyandang kerusi Dun Sungai Limau Tan Sri Azizan Abdul Razak telah  meninggal dunia akibat masalah kesihatan yang serius.
 
Bekas Menteri Besar Kelantan itu turut berkata, tidak mustahil BN akan menggunakan pelbagai strategi dan berusaha untuk merampas kembali di kerusi Dun tersebut.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.