Kes Saman Janice Lee Terhadap DAP 28 Okt ini

alt

KUALA LUMPUR 17 Okt - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan kes saman bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Jenice Lee terhadap DAP bagi memohon perisytiharan supaya keahliannya dalam parti itu dikembali, ditetapkan pada 28 Oktober ini.
 
Peguam Sangeet Kaur memberitahu, semua pihak perlu memaklumkan kepada mahkamah kedudukan Jenice dalam DAP dan mahkamah akan menilai semula kedudukannya di dalam parti tersebut.
 
Terdahulu, Jenice memfailkan saman itu pada 5 Jun lalu bagi memohon perisytiharan supaya keahliannya dalam parti itu dikembalikan.
 
Pada 22 April lalu, Pengerusi DAP, Karpal Singh mengumumkan pemecatan Jenice daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta selepas bekas ADUN itu tidak mengundurkan diri bertanding atas tiket Bebas bagi mempertahankan kerusi DUN Teratai dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.
 
Pemecatan itu dibuat dalam tempoh 24 jam selepas DAP memberi amaran kepada ahlinya yang bertanding atas tiket Bebas dalam PRU-13 supaya menarik diri atau bakal dikenakan tindakan disiplin.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.