PUTRAJAYA 20 Okt - Sistem 'electoral-college' yang digunakan pada Pemilihan UMNO 2013 bertujuan untuk mengimbangi antara bahagian yang mempunyai saiz perwakilan yang besar dengan yang kecil.
Presiden UMNO, Dato' Seri Najib Tun Razak berkata, sistem ini telah diputuskan kerana dilihat memberi keadilan kepada semua perwakilan dalam menentukan pucuk pimpinan tertinggi parti.
"Itu sistem yang kita sudah pilih, jadi kita kena patuh pada sistem tersebut yang kita fikir seadil mungkin," katanya kepada pemberita pada sidang media di IOI Resort di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Najib diminta mengulas berhubung perbezaan undi perwakilan dan undi popular antara Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien dengan Datuk Mukhriz Mahathir bagi jawatan Naib Presiden UMNO
Perdana Menteri menjelaskan, persaingan antara dua calon yang dianggap popular itu sebagai satu pertandingan keluarga di dalam UMNO.
"Kita sudah jangkakan saingan sengit tersebut sebab dalam pemilihan kali ini, prosesnya lebih terbuka dan persaingan antara kedua mereka kita anggap satu persaingan yang sihat dalam parti kita," ujarnya.
Keputusan bagi Naib Presiden UMNO bagi penggal 2013/2016 malam tadi dimenangi Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebanyak 185 daripada 191 undian, diikuti Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dengan memperoleh 174 undi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dengan memperolehi 100 undi dan Datuk Mukhriz Mahathir (91).
SUMBER :http://www.rakyatnews.my/
Presiden UMNO, Dato' Seri Najib Tun Razak berkata, sistem ini telah diputuskan kerana dilihat memberi keadilan kepada semua perwakilan dalam menentukan pucuk pimpinan tertinggi parti.
"Itu sistem yang kita sudah pilih, jadi kita kena patuh pada sistem tersebut yang kita fikir seadil mungkin," katanya kepada pemberita pada sidang media di IOI Resort di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Najib diminta mengulas berhubung perbezaan undi perwakilan dan undi popular antara Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien dengan Datuk Mukhriz Mahathir bagi jawatan Naib Presiden UMNO
"Kita sudah jangkakan saingan sengit tersebut sebab dalam pemilihan kali ini, prosesnya lebih terbuka dan persaingan antara kedua mereka kita anggap satu persaingan yang sihat dalam parti kita," ujarnya.
Keputusan bagi Naib Presiden UMNO bagi penggal 2013/2016 malam tadi dimenangi Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebanyak 185 daripada 191 undian, diikuti Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dengan memperoleh 174 undi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dengan memperolehi 100 undi dan Datuk Mukhriz Mahathir (91).
0 comments:
Post a Comment