PRK Sg Limau : 27,222 Pemilih Berdaftar Layak Mengundi

alt

JERAI 22 Okt. - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengesahkan seramai 27,222 pemilih berdaftar layak mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau pada 4 November ini.

Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata,  seramai 93.02 peratus atau 25,323 pengundi  merupakan pengundi dari kaum Melayu diikuti Cina (1,842 atau 6.77 peratus) dan India (15 atau 0.06 peratus).

"33 pengundi atau 0.12 peratus pula terdiri daripada kaum-kaum lain, bumiputera Sarawak (tujuh atau 0.03 peratus) dan bumiputera Sabah (dua atau 0.01 peratus).

"Jumlah pengundi kali ini berkurangan daripada senarai pemilih Pilihan Raya Umum Ke-13 iaitu sebanyak 27,287 orang.

"Perkara ini kerana terdapat sebanyak 142 pengundi dikeluarkan daripada senarai ekoran kematian dan ada penambahan pengundi baharu," katanya dalam sidang akhbar di pusat penamaan calon bagi PRK Sungai Limau di Dewan Dato' Madi, di sini.

Turut, Pengarah SPR Kedah, Juhari Abdul Rahman dan Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK DUN Sungai Limau, Abdul Rashid Othman.

Abdul Ghani berkata, SPR telah menubuhkan tiga Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) yang berfungsi bagi memantau dan menguatkuasakan undang-undang di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya sepanjang tempoh kempen berlangsung mulai 25 Oktober hingga tengah malam 3 November ini.

Katanya, sebanyak 492 petugas pilihan raya akan dilantik mengendalikan proses pilihan raya kali ini dan sebanyak 17 buah pusat mengundi akan dibuka untuk tujuan pengundian yang mengandungi 58 saluran tempat mengundi.

"Pada hari penamaan calon pula, kita menasihatkan para penyokong dan pengundi tidak hadir di pusat penamaan di Dewan Dato' Madi secara beramai-ramai bagi mengelak provokasi dan kejadian tidak diingini.

"Sebanyak 100 orang daripada parti yang bertanding dibenarkan masuk ke pekarangan dewan dengan syarat mempunyai pas sah dikeluarkan SPR," katanya.

Dalam perkembangan sama, Juhari menegaskan, SPR akan kerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) memantau perjalanan kempen dan mengundi susulan keadaan cuaca hujan di negeri Kedah.

Tambahnya, pihaknya juga akan merujuk standard prosedur operasi (SOP) sebagai persiapan awal berhubung perkara tersebut.

Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak di bawah Parlimen Jerai diisytihar kosong susulan kematian Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah akibat komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.