Anwar Sokong GST Ketika Era Tun Daim

alt
 
KUALA LUMPUR 30 Okt - Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST) merupakan sistem yang efisyen dan mengakui pernah bersetuju mengenainya ketika Tun Daim Zainuddin menjadi Menteri Kewangan.
 
Menurut Ketua Pembangkang itu, kerajaan perlu mengambilkira beberapa faktor dan memastikan tahap pendapatan rakyat harus ditingkatkan terlebih dahulu sebelum GST dilaksanakan mulai 1 April 2015.
 
“Saya akui memang saya pernah bersetuju dengan pelaksanaan GST pada 1993 ketika Tun Daim Zainuddin menjadi Menteri Kewangan. Ketika saya ambil alih Kementerian Kewangan pada 1998, saya tidak pun laksanakan GST kerana kita ada catat lebih kecil pendapatan.
 
“Justeru, tak perlu kita apologetik, sekarang pun saya setuju dengan GST. GST memang masih efisyen dan ini telah pun diakui oleh professor dan pakar ekonomi tetapi harus ada prasyarat yang perlu dipatuhi sebelum GST dilaksanakan,” katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika berucap pada taklimat GST dan Belanjawan 2014 di Bilik Taklimat Parlimen pada hari ini.
 
Dalam pembentangan Bajet 2014 pada 25 Oktober lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan GST akan dilaksanakan dengan kadar 6 peratus berkuatkuasa 1 April 2015 bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang akan dimansuhkan.
 
Tambahnya, beliau berkata kerajaan juga perlu memastikan infrastruktur percukaian cukup baik sebelum GST diperkenalkan.
 
“Dua faktor ini sangat penting. Namun hingga sekarang dua perkara ini belum terlaksana dengan baik. Beberapa dasar seperti dasar monopoli perlu dilaksanakan secara telus.
 
“Tetapi barangan keperluan seperti gula dan beras masih dimonopoli oleh satu pihak. Ini yang menyebabkan harga barang-barang itu naik kerana tidak ada persaingan,” katanya. -http://www.rakyatnews.my/index.php/20131030102362/politik/anwar-sokong-gst-ketika-era-tun-daim

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.