KUALA LUMPUR 11 Okt - Beberapa individu 'Mak Nyah' menyertai di Himpunan Protes TPPA dan Kedatangan John Kerry ke Malaysia Anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini.
Golongan ' Mak Nyah' tersebut dikesan memegang sepanduk yang tertulis 'Orang Muda Risau Tentang TPPA' dan 'People Before Patent' semasa himpunan tersebut.
Selain itu, mereka turut mengedarkan pin reben berwarna merah kepada orang ramai dan menyematkan pin tersebut ke baju aktivis-aktivis yang menyertai himpunan tersebut.
Hanya kira-kira 50 orang menyertai himpunan protes tersebut yang bermula di Masjid As-Syakirin, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) selepas solat Jumaat hari ini sebelum mereka berarak ke perkarangan KLCC.
Antara pemimpin yang hadir ke himpunan itu adalah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.
Himpunan tersebut mengakibatkan kesesakan di jalan-jalan utama sekitar KLCC dan tamat kira-kira satu jam setengah selepas itu akibat hujan lebat.
0 comments:
Post a Comment