Harga Telefon Pintar di Malaysia Antara Yang Termurah

alt
KUALA LUMPUR 24 Okt - Kerajaan komited dalam mempertingkatkan akses teknologi maklumat (IT) kepada masyarakat dan disebabkan itu harga peralatan komputer dan telefon pintar di Malaysia antara yang termurah di dunia.

Menurut  Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, kerajaan tidak mahu membebankan rakyat dengan pelbagai cukai tambahan untuk mereka menikmati kemudahan IT.

"Jika kita ke negara lain, kita akan dapati harga gadget (alatan) komputer termasuk smartphone (telefon pintar), iPhone, iPad dan sebagainya di sini adalah murah. Jika kita lihat harga iPhone di Amerika Syarikat, tidak ada bezanya di sini," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Khamis.

Ahmad Shabery berkata kerajaan sentiasa komited dalam meningkatkan infrastruktur komunikasi kerana ia adalah pengukur dalam menentukan tahap kemajuan sesebuah negara pada masa kini. Malah beliau turut menjelaskan, usaha untuk meningkatkan infrastruktur komunikasi bukan terletak kepada kerajaan semata-mata sebaliknya memerlukan kerjasama daripada kerajaan tempatan.

alt

Kerajaan tempatan diminta membuat perancangan mengenai infrastrutur komunikasi di taman perumahan baru yang akan dibina bagi memudahkan tapak untuk memasang fiber optik dapat dijalankan dengan mudah sekiranya kawasan itu mempunyai masalah penembusan komunikasi seperti jalur lebar.

"Sekiranya tiada tapak disediakan, syarikat telekomunikasi perlu mencari tapak yang sesuai dan mungkin perlu menyewa tanah itu...sewaan yang tinggi akan dipindahkan kepada pengguna," katanya.

Sebanyak 121 Pusat Internet 1Malaysia diwujudkan di Pejabat Penerangan Daerah seluruh negara, 99 perpustakaan jalur lebar dibangunkan di perpustakaan terpilih dan pengagihan Komputer 1Malaysia telah melebihi 1 juta unit.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.