KUALA LUMPUR 21 Okt - Pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Dr Haji Ahmad Suhaimi Lazim, 52, yang juga Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Jerai, calon Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sg Limau, Kedah.
Ianya diumumkan Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bilik Gerakan PRK BN di Sungai Lentang, Yan, Kedah hari ini.
Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan 23 Oktober sebagai hari penamaan calon, manakala 4 November sebagai hari pengundian pada bagi PRK Dun Sungai Limau.
Pada pilihan raya umum ke-13 Mei lepas, bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak memenangi kerusi Dun tersebut dengan memperolehi 13,294 undi menewaskan sepupunya, Mohd Fazillah Mohd Ali dari BN dengan majoriti 2,774 undi.
Azizan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada 26 September lalu. Foto - MyKMU

0 comments:
Post a Comment