Laporan Palsu Hina Taraf Hidup Kaum India di Malaysia

       
              
alt

KUALA LUMPUR 25 Feb - Tindakan sebuah portal berita menyiarkan satu artikel berkenaan kisah sebuah keluarga kononnya warganegara Malaysia yang kesempitan hidup dilihat sebagai satu laporan palsu.

Malah,artikel bertajuk 'Br1MLess' yang disiarkan di portal berita Rakyat Times pada 24 Februari  ini dilihat sebagai satu percubaan untuk memperlekehkan masyarakat India di Malaysia.

Menerusi tinjauan di lokasi kejadian, ianya terbukti bahawa keluarga ini bukan merupakan warganegara Malaysia akan tetapi menetap di Sri Lanka.

Laporan portal pro pembangkang ini juga mendakwa terdapat sebuah keluarga yang tinggal di kawasan setinggan sekitar Jalan Air Panas dekat Setapak terpinggir dari menikmati kemudahan itu berikutan tiada kad pengenalan diri yang sah. [LIHAT ARTIKEL DI SINI]
alt

Penulis berkenaan turut menggambarkan kedaifan hidup yang dialami keluarga ini sehinggakan ada di antara seorang anak dari ahli keluarga tersebut tidak bersekolah berikutan kesempitan hidup dan tiada sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Namun, kebanyakan penduduk sekitar lokasi kejadian menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.

Menurut seorang penduduk yang menetap hampir 40 tahun di situ yang juga memiliki bengkel membaiki kenderaan, John, 64, beliau menafikan bahawa keluarga terbabit adalah warganegara Malaysia, sebaliknya merupakan pendatang asing dari Sri Lanka.
Rakyat News

"Mereka dari Sri Lanka dan rumah yang ditunjukkan dalam gambar ini adalah rumah lama, lebih dari 3 tahun yang lepas.

"Wanita ini tidak bekerja dan anak-anaknya masih bersekolah pada ketika itu, termasuk seorang anak angkatnya," katanya kepada wartawan Rakyat News di sini, hari ini.
alt

Penulis artikel di laman portal itu turut mendakwa keluarga berkenaan menyara hidup dengan mengutip sampah di kawasan pelupusan sampah berdekatan tempat tinggal mereka untuk dijual di pusat kitar semula.

Akan tetapi, mengikut kenyataan John, ianya adalah bercanggah sama sekali dan mendakwa keluarga berkenaan sering meminta wang ketika terserempak dengan penduduk sekitar.

"Selalunya dia minta wang sebanyak RM 1, RM2, RM3 hingga RM10, dan kadang-kadang hingga RM10," katanya.
alt

Dalam pada itu, apabila ditanya mengenai dakwaan penulis di portal berita Rakyat Times mengenai pemberian BR1M, pengusaha bengkel itu turut menyelar tindakan penulis yang mempersoal tindakan kerajaan yang seolah-olah tidak prihatin dengan golongan setinggan dan meminta agar tidak mempercayai kata-kata golongan terbabit.

"Pasti kerajaan ada tolong mereka, tapi, kita tidak boleh percaya dengan kata-kata mereka, kadang-kadang mereka dapat bantuan, tapi bila ditanya, mereka menafikannya.

"Gambar ini dah tersebar ke merata tempat, mustahil tiada yang datang menyalurkan bantuan jika ianya memang benar berlaku," ujar John.
alt

Beliau mendakwa gambar yang di siarkan dalam laporan tersebut adalah gambar-gambar yang telah lama dirakam malah ianya terbukti seolah-olah dilakonkan di hadapan lensa kamera bagi meraih simpati.

Justeru itu, pihak kerajaan terutamanya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia disaran agar memandang serius sekaligus mengambil tindakan wajar terhadap laporan palsu sebegini yang dikhuatiri akan mengundang persepsi negatif di kalangan rakyat.

Laporan ini dilihat sebagai satu percubaan memanipulasi usaha keras kerajaan dalam membantu rakyat.

Rang Undang-Undang GST 2014 Dibentang 10 Mac ini

alt

KUALA LUMPUR 26 Feb - Rang Undang-Undang Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014 akan dibentangkan pada mesyuarat pertama, penggal kedua Dewan Rakyat, yang bersidang mulai 10 Mac.

Menurut Kementerian Kewangan, proses penyediaan draf rang undang-undang itu kini di peringkat akhir dan sedang disemak oleh Peguam Negara.

Kerajaan perlu bentangkan rang undang-undang tersebut di Parlimen tahun ini juga kerana jika tidak, GST tidak dapat dilaksanakan tahun depan.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dijangka membentangkan rang undang-undang itu bagi bacaan kali pertama, kedua dan ketiga.

Pembentangan tersebut turut dijangka akan didebatkan oleh semua ahli Parlimen.

Pada Oktober lepas, semasa pembentangan Belanjawan 2014 di Parlimen, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelaksanaan GST berkuat kuasa 1 April 2015 pada kadar enam peratus, menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan sebanyak 16 peratus.
KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014 akan di bentangkan pada mesyuarat pertama, penggal kedua Dewan Rakyat, yang bersidang mulai 10 Mac.

Menurut Kementerian Kewangan, proses penyediaan draf rang undang-undang itu kini di peringkat akhir dan sedang disemak oleh Peguam Negara.

Kerajaan perlu bentangkan rang undang-undang tersebut di Parlimen tahun ini juga kerana jika tidak, GST tidak dapat dilaksanakan tahun depan.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dijangka membentangkan rang undang-undang itu bagi bacaan kali pertama, kedua dan ketiga.

Pembentangan tersebut turut dijangka akan didebatkan oleh semua ahli Parlimen.

Pada Oktober lepas, semasa pembentangan Belanjawan 2014 di Parlimen, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelaksanaan GST berkuat kuasa 1 April 2015 pada kadar enam peratus, menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan sebanyak 16 peratus.

Samsung Galaxy S5 Ikon Gajet Popular

alt
 
BARCELONA 26 Feb - Samsung Electronics Co, gergasi elektronik berpangkalan di Korea Selatan mengorak langkah lebih jauh dalam saingan industri telefon pintar dengan menterjemah semula inovasi teknologi insan menerusi generasi kelima siri telefon pintar popular, Samsung Galaxy S5.
 
Presiden merangkap Ketua Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi Mudah Alih Samsung, JK Shin berkata, S5 direka khusus untuk memenuhi keperluan sebenar pengguna tanpa mengabaikan ciri-ciri asas yang menobatkan siri gajet berkenaan sebagai salah satu peranti paling popular di dunia.
 
“Pengguna mahukan peranti yang boleh membawa penambahbaikan kepada kehidupan seharian. Galaxy S5 bukan saja ikon gajet dunia tetapi juga didatangkan dengan ciri-ciri khas sebagai nilai tambah untuk pengalaman peranti pintar yang mesra kehidupan,” katanya ketika melancarkan S5 di Mobile World Congress 2014, kelmarin.
 
Gajet terbaharu yang dilancarkan kurang setahun daripada generasi sebelumnya iaitu S4, menawarkan pengalaman tersendiri dengan inovasi terkini, sekali gus memudahkan kehidupan seharian. 
 
Katanya S5 menggabungkan sistem kamera canggih dengan rangkaian hubungan pantas, aplikasi kesihatan terunggul dan ciri keselamatan terkini menggunakan teknologi Samsung Knox.
 
“Pengguna tidak mahu teknologi yang terlalu kompleks dan rumit. Mereka mahu kamera yang ringkas tapi mempunyai keupayaan tinggi,” jelasnya.
 
S5 dilengkapi kamera beresolusi 16 megapiksel, serta sistem fokus automatik terpantas di dunia sehingga 0.3 saat selain menaik taraf kualiti High Dynamic Range (HDR) untuk menghasilkan pencahayaan serta warna yang lebih terang. 
 
Dikuasai sistem operasi Android 4.4.2 Kitkat dengan pemproses Empat Teras 2.5GHz serta skrin Super AMOLED 5.1 inci, S5 menyokong paparan definisi tinggi (full HD).

Kerajaan Selangor Akhirnya Setuju Bina Loji Langat 2

alt
 
PUTRAJAYA 26 Feb - Kerajaan Persekutuan dan Selangor sebentar tadi memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi penstrukturan semula industri air negeri itu. 
 
Kerajaan Persekutuan diwakili Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.
 
Majlis itu telah berlangsung di Bangunan Perdana Putra dan disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 
 
Antara lain, MoU itu memberi laluan kepada pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 yang tertangguh sejak beberapa tahun lalu.
 
Sebelum ini, projek Langat 2 yang dilaksanakan kerajaan Pusat untuk menangani krisis bekalan air di Lembah Klang dan Putrajaya itu terpaksa ditangguhkan berikutan tindakan kerajaan negeri yang dilaporkan enggan memberikan kelulusan perintah pembangunan (DO).
 
Malah, Abdul Khalid menerusi laporan akhbar pada 31 Ogos 2010 menyatakan pembinaan loji berkenaan tidak perlu dibuat secara terburu-buru berbanding penyusunan semula industri perkhidmatan air di negeri ini yang perlu diberikan keutamaan.
 
Pada 8 Ogos 2010, Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai isu air Selangor yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tekad untuk meneruskan projek itu demi menjaga kebajikan pengguna. 
 
Bagaimanapun, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, enggan meluluskan Langat 2 sebelum isu itu dipolitikkan pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO)

Krisis Air Tiada Kaitan Dengan Projek Langat 2 - Rafizi

rakyatnews
 
PETALING JAYA 26 Feb - Usaha kerajaan persekutuan dalam pembinaan Loji Langat 2 bagi mengelak berlakunya krisis air sejak beberapa tahun lepas disifatkan tiada perkaitan dengan penderitaan yang menimpa rakyat Selangor ketika ini.
 
Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli berkata situasi yang berlaku ketika ini hanya melibatkan keuzuran 2 buah loji sahaja iaitu di loji Batu 11 Cheras dan Bukit Tampoi.
 
"Tidak, berdasarkan pada kajian dan pengalaman saya ia tiada kena mengena dengan Loji Langat 2," katanya kepada pemberita dalam sidang media di ibu pejabat parti itu hari ini. 
 
Jelas Rafizi yang juga merupakan Ahli Parlimen Pandan, sistem penapisan di 2 buah loji terbabit tidak mampu untuk memproses air yang mengandungi amonia tinggi sehingga 1.5miligram per liter. Selain itu masalah kebocoran melibatkan saluran loji pemprosesan ke paip juga perlu dijawab oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dengan kadar segera.
 
"Bukan masalah air tidak cukup tetapi ia loji yang sudah lama. Paling teruk, SYABAS masih belum jawab yang cuba dilindungi oleh isu Langat 2 ialah, kebocoran air adalah 35%, daripada loji pemprosesan. Baiki kebocoran itu dulu, pasti tidak timbul isu tidak cukup loji, isu tiada air malah tidak timbul soal loji yang lebih besar dan sebagainya," katanya.
 
Sementara ketika diminta mengulas mengenai kenyataan kerajaan negeri sebelum ini yang mengatakan sumber bekalan air masih mencukupi, Rafizi memberitahu selain melihat kepada faktor cuaca dan kadar penggunaan setiap hari, tahap paras air juga bergantung kepada empangan. 
 
Katanya, empangan yang kritikal hanya melibatkan empangan Hulu Selangor dan empangan Klang.
 
"Sebab itu diputuskan bahawa mana-mana kawasan daripada 2 empangan ini diambil secara berkala supaya loji pemprosesan air dan SYABAS boleh mengawal air yang disalurkan ke rumah-rumah. Bukanlah negeri Selangor ini tiada air cuma ia dikawal sehingga akhir bulan Mac ini," ujar beliau yang baru berjumpa dengan pihak kerajaan negeri baru-baru ini.
 
Namun yang demikian, Kerajaan Persekutuan dan Selangor baru sahaja memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi penstrukturan semula industri air negeri itu sebentar tadi. MoU berkenaan sekaligus memberi laluan kepada pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 yang tertangguh sejak beberapa tahun lalu.
 
Sebelum ini, projek Langat 2 terpaksa ditangguhkan berikutan tindakan kerajaan negeri yang dilaporkan enggan memberikan kelulusan perintah pembangunan (DO).

Najib Sumbang RM10,000 Kepada Keluarga Mangsa Tragedi Lemas Buloh Kasap

rakyatnews
 
SEGAMAT 26 Feb -  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju menyumbang RM10,000 kepada keluarga lapan remaja lelaki yang terkorban dalam tragedi lemas di Sungai Buloh Kasap di sini Jumaat lalu.
 
Presiden Umno itu juga bersetuju untuk membiayai upah haji (badal haji) ke atas semua mangsa terbabit yang akan dikendalikan Lembaga Tabung Haji pada musim haji antara Julai dan Ogos tahun ini.
 
Hasrat perdana menteri itu disampaikan Pengerusi Biro Kebajikan Umno Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang mewakili beliau menyerahkan sumbangan itu di Dewan Islam, Taman Mewah, Buloh Kasap di sini, Rabu.
 
"Saya sudah minta restu dan izin daripada keluarga mangsa dan mereka terharu dengan sumbangan Perdana Menteri dan mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan beliau ke atas mereka," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan kepada keluarga mangsa tragedi lemas itu.
 
Turut hadir Pegawai Daerah Segamat, Abdul Rahim Nin dan Ketua UMNO Bahagian Segamat Zahari Sarip.
 
Abdul Azeez berkata sumbangan itu membuktikan Perdana Menteri dan Umno amat prihatin terhadap mangsa-mangsa tragedi itu dan mengharapkan sumbangan itu sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban keluarga mangsa.
 
Beliau yang juga Pengerusi Tabung Haji berkata, Umno akan menjelaskan kos upah haji yang dianggarkan kira-kira RM3,000 bagi setiap seorang mangsa kepada lembaga itu bersama senarai nama mereka.
 
Abdul Azeez mahu masyarakat Malaysia mengambil contoh semangat setia kawan yang ditunjukkan ketujuh-tujuh orang yang terkorban dalam tragedi itu yang sanggup mengorbankan nyawa mereka demi menyelamatkan nyawa seorang rakan mereka.
 
"Semangat empat orang rakan mereka yang bertindak menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan pertolongan juga patut dipuji," katanya ketika berucap selepas membaca Yasin dan bertahlil bersama penduduk taman itu di dewan berkenaan.
 
Walaupun wang tidak sama nilainya dengan kehilangan anak mereka, tetapi sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan beban mereka untuk menguruskan pengebumian dan kenduri arwah mangsa tragedi itu, 

Pembangkang Terus Politikkan Isu Air

alt


KUALA LUMPUR 27 Feb - Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) terus bermain politik mengenai isu air yang kini kian meruncing sungguhpun Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim telah mengikat perjanjian bersama kerajaan pusat untuk bekerjasama menyelesaikan masalah tersebut.

Ianya dikatakan kerana pemimpin tertinggi Pakatan Selangor tidak dimaklumkan terlebih awal mengenai perjanjian 'mengejut' itu berikutan banyak perkara perlu dijelaskan mengenai penstrukturan semula itu.

Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad berkata, perjanjian antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat haruslah dalam situasi 'menang-menang' dan kini masih menanti Perjanjian Persefahaman (MoU) yang ditandatangani untuk diteliti.

"Jika kerajaan negeri membayar RM9.65 bilion dan kerajaan pusat harus membayar lebih dari itu. Kerajaan pusat tidak boleh membayarnya seolah ianya percuma.

"Siapa akan tanggung kos tersebut? Semestinya pengguna atau rakyat. Mari kita berterus terang mengenai transaksi ini," katanya kepada pemberita baru-baru ini.

MoU tersebut ditandatangani Khalid bersama Menteri Tenaga, Teknologi Hijau, dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ingkili bagi membolehkan pengambilalihan konsesi bekalan air negeri.

Syarikat-syarikat tersebut termasuk, Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Splash) dan Konsortium ABASS Sdn Bhd (ABASS).

Menurut Khalid, Putrajaya akan menawarkan RM2 bilion bagi pengambilalihan tersebut dan kerajaan Selangor akan memberi syarikat-syarikat tersebut RM 9.65 bilion disamping mengarahkan pembinaan loji rawatan air Langat 2 dalam masa terdekat.

Krisis Air : Solat Hajat Lebih Baik dari Demonstrasi

alt

KAJANG 23 Feb - Menunaikan solat hajat memohon kepada Allah supaya menurunkan hujan adalah tindakan yang lebih baik berbanding mengadakan demonstrasi jalanan.

Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Impian Ehsan Zainal Abidin Zainudin berkata demikian sebagai tanda bersetuju dengan cadangan beberapa penduduk untuk mengadakan solat hajat.

"Saya menerima satu risalah yang diberikan penduduk, dia kata kalau pergi (demonstrasi) di depan itu (laluan masuk Taman Impian Ehsan) lebih baik kita buat solat hajat mohon hujan turun. Mereka mahu cari pengaruh untuk tunjuk yang dia (ADUN Balakong) berkuasa. Nak melagakan orang Melayu dan dia hanya bertepuk tangan," katanya ketika ditemui Rakyat News di sini semalam.
 
alt

Jelas Zainal, tindakan beberapa kumpulan kecil yang didakwa penyokong DAP itu dilihat sedang berusaha menutup kelemahan pentadbiran kerajaan negeri berhubung krisis air di kawasan mereka. Dalam masa sama Zainal juga menolak tuduhan Ahli Dewan Undangan Negeri  (ADUN) tersebut Eddie Ng Tien Chee yang mendakwa UMNO mengagihkan air secara terpilih.

"Kalau saya kroni, saya hubungi orang UMNO suruh mereka turun dahulu ambil air. Malah ada yang tuduh saya dibayar oleh SYABAS, ada yang kata kami jual air. Terima kasih banyak-banyak, saya buat kebaikan kerana Allah Taala," kata Zainal atau lebih dikenali dengan panggilan Haji Zainal yang juga merupakan bekas pemimpin UMNO dikawasan tersebut.

Eddie Ng sebelum ini mendakwa penghantaran lori tangki SYABAS ke kawasan terjejas bekalan air di sana dieksploitasi UMNO yang kononnya hanya mengagihkannya kepada penyokong Barisan Nasional (BN) saja.

Lantas itu, sebagai wakil rakyat yang dipilih dan diamanahkan oleh rakyat untuk memikul tanggungjawab, Eddie seharusnya memikirkan jalan penyelesaian untuk menangani krisis air itu daripada berterusan menyalahkan pihak UMNO dan BN.

Krisis Air : Salah UMNO, BN?

alt
 
Krisis air yang melanda hampir dua minggu di Taman Impian Ehsan di sini, Balakong bukanlah isu yang wajar dijadikan mainan ahli politik kerana dalam hal ini keperluan rakyat perlu diutamakan.
 
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Balakong seharusnya berhenti menuding jari kepada pihak lain dalam mengalihkan isu melibatkan beliau dan cubaan mendapat pengaruh daripada penduduk di kawasan yang telah dimenanginya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu.
 
alt
 
Eddie Ng Tien Chee sebelum ini mendakwa penghantaran lori tangki SYABAS ke kawasan terjejas bekalan air di sana dieksploitasi UMNO yang kononnya hanya mengagihkannya kepada penyokong Barisan Nasional (BN) saja. 
 
Tetapi jika difikir secara logik, haruskah UMNO atau BN dipersalahkan berhubung krisis air yang melanda kawasan tersebut akibat penutupan Loji Rawatan Air Cheras Batu 11? Tindakan tersebut harus dilaksanakan berikutan berlaku pencemaran ammonia di Sungai Langat.
 
Eddie sewenang-wenangnya melemparkan tohmahan tersebut berikutan SYABAS mendirikan pusat khidmat setempat (PKS) di Taman Impian Ehsan (di Balakong) sejak 7 Februari lalu sebagai pusat menyalurkan maklumat pengagihan bantuan air kecemasan kepada pengguna.
 
alt
 
SYABAS memilih menempatkan PKS di lokasi ini kerana ia adalah laluan masuk utama ke Taman Impian Ehsan, Taman Desa Karunmas dan Taman Bukit Emas.
 
PKS SYABAS di Taman Impian Ehsan turut mendapat kerjasama penuh daripada Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Impian Ehsan, Zainal Abidin Zainuddin yang sentiasa mengiringi kesemua lori tangki air ke kawasan terjejas bekalan. 
 
SYABAS turut mengakui  kapasiti peralatan bantuan air kecemasan melalui lori tangki dan tangki statik adalah terhad serta tidak dapat memenuhi permintaan pengguna mengikut kuantiti yang dikehendaki.
 
alt
 
Tidak cukup dengan itu,  Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli turut mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah seolah-olah SYABAS membuat serangan politik terhadap Pakatan Rakyat (PR) Selangor dengan menganggu bekalan air yang berterusan.
 
Alasan SYABAS bahawa paras ammnonia yang tinggi dalam loji pembersihan air boleh dikurangkan jika berlakunya hujan tidak boleh diterima. Persoalannya,siapa Rafizi ingin mempertikaikan perkara yang bukan dalam kepakarannya? SYABAS lebih pakar dalam bidang tersebut, pasti SYABAS lebih mengetahui impak yang bakal diterima disetiap keputusan yang diambil.
 
Rafizi akan mengheret isu tersebut di persidangan Parlimen akan datang selain menggesa SYABAS mengambil tindakan secepat mungkin dengan menggunakan proses kimia.
 
Sekali lagi, Rafizi bertindak sebagai orang 'expert' dalam isu tersebut dengan memberi cadangan kepada pihak SYABAS yang lebih arif.
 
Oleh itu, sebagai wakil rakyat yang dipilih dan diamanahkan oleh rakyat untuk memikul tanggungjawab, Eddie seharusnya memikirkan jalan penyelesaian untuk menangani krisis air itu daripada berterusan menyalahkan pihak UMNO dan BN.
 
Menjenguk penduduk di kawasan yang hadapi krisis air dengan mengibarkan bendera parti bukanlah satu tindakan bijak ADUN kerana di waktu begini, rakyat amat memerlukan perhatian dan pertolongan individu yang bergelar wakil rakyat,bukan masa untuk mempromosikan parti.

Mei Fun Jadi Pengukur Penerimaan Rakyat Terhadap MCA

rakyatnews
PAGOH 23 Feb -  Pemilihan Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang menjadi pengukur kepada penerimaan rakyat terhadap kepimpinan baharu parti itu.
 
Berikutan itu, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata peluang bertanding itu tidak harus dipersia-siakan meskipun ada pihak mencadangkan BN supaya tidak bertanding pada pilihan raya kecil DUN Kajang 23 Mac ini.
 
"Kalau tidak ada kesempatan ini diambil, maka lebih sukar untuk mengukur sejauh mana penerimaan masyarakat Cina ataupun rakyat terhadap kepimpinan baharu (MCA).
 
"Apapun keputusan itu nanti, akan dijadikan satu gambaran di mana mereka (MCA) berada, dan langkah-langkah pemulihan yang boleh diambil dan asas-asas perjuangan yang hendak diperjuangkan untuk masyarakat Cina mungkin dapat disampaikan pada pilihan raya seperti ini," katanya.
 
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di kawasan Parlimen Pagoh di sini, Ahad

Warga Emas Bersyukur : BR1M Ringankan Beban Rakyat

alt
 
KUALA LUMPUR 22 Feb - Warga emas sekitar Lembah Pantai hari ini memanjatkan rasa syukur dengan pemberian Bantuan Wang Rakyat 1 Malaysia (BR1M) kali ketiga yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
Menurut Mailamah Long, 70 tahun berkata, sebagai seorang suri rumah beliau sangat mengharapkan bantuan seumpama itu berikutan dirinya yang sudah kehilangan suami dan hanya mengharapkan nafkah dari anak-anak untuk menyara diri.
 
"Saya akan menyimpan sebahagian dari wang yang diterima dan sebahagiannya saya belanjakan untuk perbelanjaan harian sebab arwah suami saya dah tiada.
 
"BR1M ini sangat membantu sebab saya dah tua, sudah tidak bekerja, dan saya sangat berterima kasih dengan kerajaan Barisan Nasional dengan bantuan ini," katanya ketika ditemu ramah wartawan Rakyat News di Majlis Kenduri 1 Wilayah di Perumahan Desa Aman 1 PDRM di sini hari ini.
 
alt
 
Menurut seorang lagi warga emas, Nurbayah Haji Harun, 63 tahun, beliau meluahkan hasratnya yang mahu agar kerajaan meneruskan pemberian wang BR1M ini yang dianggap sangat membantu dalam perbelanjaan seharian.
 
"Kalau boleh saya berharap agar kerajaan meneruskan pemberian BR1M ini, dan saya sangat berbesar hati menerimanya.
 
"Saya sangat berterima kasih kepada kerajaan dan diharap agar ianya diteruskan sampai bila-bila," katanya.
 
alt
 
Bagi seorang ibu tunggal seperti  Aminah Idris, 61 tahun, beliau sangat gembira apabila menerima sumbangan BR1M ini dan berhasrat untuk membeli peti sejuk dengan wang diterima.
 
"Saya dah cadang, kalau ada lebih, saya nak beli peti sejuk sebab tiada peti sejuk di rumah saya, yang lama sudah rosak.
 
"BR1M yang saya terima sebelum ini, saya hanya simpan dan jika ada sebarang kecemasan dan memerlukan wang, baru saya akan gunakan," katanya.
 
alt
 
Menurut Abdul Rahman Nordin, 68 tahun yang juga seorang pesara, beliau berkata wang hasil penerimaan BR1M itu digunakan sebaiknya untuk perbelanjaan persekolah cucu-cucunya yang tinggal bersamanya.
 
"Saya membelanjakan wang BR1M itu untuk cucu-cucu saya, untuk persekolahan mereka dan juga untuk belanja harian keluarga saya.
 
"Saya sangat berterima kasih kepada Perdana Menteri kita yang telah menambah wang peruntukan BR1M dan ianya sangat membantu bagi golongan berpendapatan rendah seperti kami," ujarnya. 
 
alt
 
Pagi tadi, kerajaan telah mengumumkan pemberian BR1M 3.0 akan diagihkan kepada rakyat Malaysia 7.9 rakyat Malaysia bermula hari ini.
 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan majlis penyerahan BR1M 3.0 peringkat kebangsaan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aminuddin Baki. 

ADUN DAP Bodoh, Tak Kenal Balakong

rakyatnews
 
BALAKONG 23 Feb - Penderitaan rakyat Selangor di Balakong yang merana akibat ketiadaan air selama 2 minggu terbukti cuba dipolitikkan oleh wakil rakyat kawasan itu, Eddie Ng Tien Chee malah dianggap suatu tindakan bodoh.
 
Pengerusi Rukun Tetangga Taman Impian Ehsan Mejar (B) Abdul Rahim Mohd Amin berkata tindakan Eddie yang menuding jari terhadap pihak lain berhubung krisis air di negeri merupakan agenda untuk mempolitikkan isu.
 
"Air ini melibatkan kerajaan negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Eddie boleh bercerita apa sahaja. Saya rasa dia bodoh bahkan tidak kenal Balakong. Hari ini politik terlalu kuat, lepas Pilihanraya Kecil (PRK) Kajang pun akan ada siri politik dan kita akan bercerita pasal politik saja.Masalah air disalahkan UMNO sedangkan yang memerintah adalah kerajaan negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat (PR)," katanya ketika ditemui Rakyat News di sini semalam.
 
alt
 
Semalam Eddie Ng di laman media sosialnya mengatakan UMNO mengagihkan air secara terpilih kepada penduduk Balakong.
 
Sehubungan itu jelas Rahim, kenyataan sedemikian memperlihatkan betapa ADUN DAP dan kerajaan negeri gagal mentadbir sebuah kerajaan dengan baik sehingga mencari helah menyalahkan pihak lain. 
 
"Hakikatnya, selagi hujan tidak turun maka tiada air. Inilah kebodohan kerajaan negeri walhal pakar-pakar berkaitan sudah memberitahu air tiada kerana tiadanya tadahan (hujan),"
 
Sementara ditanya mengenai kenyataan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mendakwa krisis air di Selangor bukan pada tahap kritikal, Rahim dengan tegas tidak bersetuju dengan kenyataan politik sedemikian.
 
"Bagi saya MB bukan pakar dalam hal ehwal air. Pada saya dia hanya mempolitikkan keadaan. Dulu sudah ada pengalaman di Balakong Jaya. Masalah akan berterusan jika tidak diselesaikan dengan sempurna. Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) tidak boleh berbuat apa-apa selagi kerajaan negeri tidak bertindak. Jika tidak mampu, serahkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya kerajaan persekutuan tahu apa hendak dibuat," ujar beliau.
 
alt
 
Dalam pada itu ketika diminta mengulas mengenai demonstrasi setiap petang di laluan masuk ke Taman Impian Ehsan anjuran sekumpulan kecil yang mendakwa mewakili penduduk pula Rahim berpendapat ia sekadar gimik politik meraih perhatian serta usaha untuk menyalahkan pihak lain.
 
"Penduduk sini ada otak untuk fikir, bukannya berdemo. Dia ingat bila duduk berdemo tu air akan ada," katanya.
 
Menurut Rahim sebelum ini ada cadangan supaya Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) membuat catuan namun ia tidak dilaksanakan berikutan mengakibatkan kualiti air yang tidak sihat. Tambahnya lagi, loji utama di Batu 11 yang berdekatan juga merupakan sebuah loji lama dan usang. Malah permainan politik kerajaan negeri berhubung pembinaan projek Langat 2 juga menyebabkan rakyat menjadi mangsa keadaan.
 
"Ada perkaitan dengan loji Langat 2, kalau sudah dilaksanakan 4 tahun lepas setidak-tidaknya masalah tiada air ini tidak menjadi terlalu lama. Taman Impian Ehsan ini adalah kawasan rendah dan jarang tiada air," katanya.

MCA Setuju Masuk Kabinet

rakyatnews
 
KUALA LUMPUR 23 Feb - Setelah sekian lama berdolak-dalih mengenai tawaran kembali ke kabinet, MCA hari ini memutuskan untuk diserap ke dalam kerajaan selepas majoriti perwakilannya bersetuju pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM).
 
Presiden MCA DAtuk Seri Liow Tiong Lai berkata, resolusi tersebut disokong oleh 1,982 perwakilan yang hadir pada EGM tersebut manakala masin-masing lima dan empat perwakilan lain membantah dan bersikap berkecuali.
 
"Keputusan dalam EGM itu membuktikan bahawa perwakilan mahu MCA terus bersuara mewakili masyarakat Cina dalam Kabinet bagi menyelesaikan masalah mereka," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
 
Beliau ditemui pemberita selepas mempengerusikan EGM tersebut sejurus selepas Sambutan Ulang Tahun ke-65 di Wisma MCA, Jalan Ampang.
 
Namun jelas beliau, MCA tidak akan terburu-buru untuk kembali ke kerajaan berikutan ingin menyelesaikan isu dalaman parti terlebih dahulu.
 
Sebelum ini, MCA menolak tawaran untuk kembali ke kabinet ekoran prestasi merudum pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.
 
Penganjuran EGM lepas kemudiannya memutuskan parti tersebut akan menyertai kerajaan diperingkat negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan tetapi masih menolak untuk diserap ke pentadbiran pusat.
 
MCA kali ini mungkin akan diserap ke Kementerian Pengangkutan di mana Datuk Seri Hishammuddin kini memangku jawatan menteri kementerian tersebut.

Tempat letak kereta Khas ibu mengandung di Putrajaya.

Tempat letak kereta Khas untuk ibu mengandung di sediakan di Putrajaya.

Penduduk Belakong protes : Syabas , Bila Ada Air? Dah lebih 10 hari tiada bekalan air di Belakon

Penduduk Belakong protes : Syabas , Bila Ada Air?
Dah lebih 10 hari tiada bekalan air di Belakon

Facebook Umum Beli WhatsApp Bernilai RM52.7 Bilion

alt
 
NEW YORK 20 Feb - Facebook hari ini mengumumkan untuk membeli perkhidmatan pesanan ringkas WhatsApp dengan perjanjian bernilai AS$16 bilion (RM52.7 bilion) sekali gus meluaskan pengaruhnya sebagai gergasi dalam rangkaian sosial di peringkat global. 
 
Sekiranya termeterai perjanjian itu bermakna wujudnya satu rangkaian sosial terbesar di dunia memandangkan Facebook kini mempunyai lebih 1.2 bilion ahli manakala WhatsApp pula dengan 450 juta ahli. 
 
Pengambilalihan itu adalah yang terbesar dan kurang dua tahun selepas firma Mark Zuckerberg menawarkan stok awam bernilai AS$16 bilion. 
 
Pembelian terbaru berkenaan termasuk AS$12 bilion dalam bentuk saham Facebook dan AS$4 bilion dalam bentuk tunai.- AFP

Kassim Ahmad Dinasihat Bertaubat

Rakyat News
 
KUALA LUMPUR 20 Feb - Bekas aktivis politik, Kassim Ahmad dan umat Islam yang bersetuju dengan ucapannya dalam Seminar "Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian", di Putrajaya pada 15 dan 16 Februari lalu diminta bertaubat kerana jelas ia bercanggah dengan ajaran Islam.
 
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ucapan Kassim yang bertajuk "Halatuju Negara untuk Tiga Puluh Tahun Akan Datang" itu mengandungi pemikiran yang boleh merosakkan akidah dan membawa kepada murtad.
 
"Asasnya beliau bukan orang yang berkeahlian dalam membicarakan ayat-ayat hukum di dalam Al-Quran kerana sangat kurang ilmu asas bahasa Arab dan ilmu usul Fiqh yang merupakan mekanisme penting dalam menginstinbat hukum, sebaliknya beliau hanya menggunakan ilmu logik dan ilmu bahasa yang mudah sifatnya," katanya kepada pemberita.
 
Kassim dalan sesi seminarnya mempertikaikan dua kalimah syahadah sebagai mendewa-dewakan Nabi Muhammad SAW, selain mempersolakan rambut sebagai aurat wanita dan memperlekehkan wanita berhijab.
 
Tambah Harussani,  mempertikaikan dua kalimah syahadah adalah perkara yang mengeluarkan seseorang itu daripada Islam kerana ini bertentangan dengan hadis Nabi serta mempertikaikan Nabi Muhammad sebagai Pesuruh Allah juga bertentangan dengan ajaran Allah dalam Al-Quran - ayat 29 surah al-Fath.
 
"Dalam ucapannya juga (Kassim) menafikan hadis sebagai satu sumber pensyariatan. Ini secara langsung menafikan kerasulan dan kenabian Nabi Muhammad kerana baginda tidak memperkatakan sesuatu mengenai agama Islam mengikut kemahuan dan pendapatnya sendiri, semua itu...adalah wahyu yang disampaikan oleh Allah melalui malaikat Jibril," katanya.
 
Harussani berkata mempertikai selawat ke atas Nabi juga bertentangan dengan firman Allah dalam ayat 56, surah Al-Ahzab.

'Waythamoorthy Tamak, Biadap, Melampau' - Hishammuddin

hishammuddin Rakyat News
KUALA LUMPUR 19 Feb - Pengerusi Barisan Bertindak Hak - Hak Individu Hindu (Hindraf)P Waythamoorthy disifatkan sebagai biadap berikutan mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan berikutan tidak memenuhi kemahuannya.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, mainan politik Waythamoorthy jelas dipertontonkan apabila beliau cuba menyalahkan Perdana Menteri bagi menutup sikap mementingkan dirinya itu.

"Tindakan beliau selaku Timbalan Menteri yang menuntut agar semua bajet kerajaan untuk masyarakat India diletakkan di bawah kawalannya mencerminkan sikap tamak dan tidak ikhlas beliau dalam memperjuangkan nasib kaum India secara holistik, seperti yang dilaung-laungkan sebelum ini," katanya menerusi kenyataan kepada media, hari ini.

Hishamuddin berkata demikian bagi mengulas desakan Waytha mengarahkan Perdana Menteri meletakkan jawatan berikutan tidak bersetuju dengan cadangan meletakkan kesemua dana kepada komuniti India di bawah kawalannya.

Pengerusi Hindraf itu juga telah meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan juga jawatannnya sebagai Senator Dewan Negara.

Menurut Hisham, Waytha masih terpengaruh dengan pendekatan aktivis Hindraf yang diasaskannya dengan meletakkan tekanan dan desakan ketika berada di dalam kerajaan.

"Selaku Menteri Kabinet dan Naib Presiden UMNO, saya tidak dapat menerima tindakan Waythamoorthy menyerang kembali kerajaan selepas dilantik sebagai Timbalan Menteri.

"Keputusan beliau memilih meletakkan jawatan setelah hanya 9 bulan di dalam pentadbiran merupakan satu perbuatan khianat yang ternyata membelakangkan semangat setiakawan dalam kerajaan," tegasnya.

Jelas Hishammuddin, BN tidak pernah memingirkan mana-mana etnik dalam negara tanpa mengira fahaman politik seseorang itu.

"Sebagai contoh dalam usaha membangun dan meningkatkan jumlah sekolah jenis kebangsaan tamil di negara ini, kerajaan sudah memperuntukkan RM540 juta untuk pembangunan infrastruktur Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil sejak tahun 2009.

"Ini termasuk peruntukan RM100 juta setiap tahun bagi tahun 2012 dan tahun 2013. Kerajaan juga memperuntukkan peruntukan khas RM20 juta kepada 13 SJKT bagi tujuan pembangunan infrastruktur dan penyelengaraan bangunan pada tahun 2013," katanya lagi.

ISMA : Tuntutan COMANGO Bertentangan Al Qur'an dan Sunnah

alt

KUALA LUMPUR 19 Feb - Dasar dan tuntutan yang dibawa gabungan NGO hak asasi Manusia (COMANGO) tidak mengikut Al-Qur'an dan Sunnah Nabi Muhammad saw.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, COMANGO tidak mengikut sistem yang ada di Malaysia sebaliknya lebih suka meniru acauan negara barat.

"COMANGO lebih suka mengikut pertimbangan barat mengenai hak asasi manusia dan bukannya mengikut apa yang terkandung dalam Al-Qur'an dan Sunnah.

"Jadi kita tidak semestinya perlu mengikut dan ia memang tidak sesuai dengan budaya dan pegangan kita, orang Malaysia," katanya ketika dihubungi Rakyat hari ini.

Tegas Zaik, Isma menuntut kerajaan agar tidak menerima dan tidak tunduk kepada tuntutan yang disampaikan COMANGO kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Tambahnya, tuntutan COMANGO berhubung isu LGBT jelas bertentangan dengan prinsip perlembagaan Malaysia yang mengangkat mertabat Islam sebagai agam persekutuan.

"Jadi itu yang kita persoalkan, mengapa dia (COMANGO) cuba buat begitu dan mewakili siapa?

"Kenapa dia abaikan dan tidak mendengar pandangan majoriti rakyat Malaysia?," soalnya.

Beliau mengulas tindakan wakil Gabungan NGO hak asasi Manusia (COMANGO), Honey Tan Lay Ean yang mengajak Pertubuhan Bukan Kerajaan Islam termasuk ISMA serta kumpulan-kumpulan yang sering mengkritik COMANGO dan laporannya kepada Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), untuk mengadakan sesi berdialog bersama.

Ianya berikutan beberapa tuntutan yang dibawa COMANGO termasuk menggubal undang-undang berkaitan isu LGBT.

Pejabat Teresa Kok Disimbah Cat Merah

alt

KUALA LUMPUR 19 Feb - [KEMASKINI] Pejabat pusat perkhidmatan Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok hari ini dikejutkan dengan tindakan pihak yang menyimbahcat merah di bahagian tangga pintu masuk.
 
Kejadian yang dikenalpasti sekitar jam 9 pagi tadi itu telah disahkan oleh Teresa Kok menerusi laman facebooknya sebentar tadi.
 
Malah, seekor bangkai ayam turut dijumpai seorang kakitangannya yang tiba di pejabat.
 
Sementara itu, Teresa Kok mempercayai bahawa insiden di Pejabat pusat perkhidmatan Ahli Parlimen DAP Seputeh hari ini mempunyai kaitan kepada video kontroversi yang diterbitnya baru-baru ini.

Beliau turut mendakwa dirinya sudah lali dengan pelbagai ancaman yang diterima sejak kebelakangan ini.

"Mereka telah pun buat begitu banyak perkara mengejutkan. Ini hanya satu lagi.

"Video saya tiada apa-apa lakukan dengan menghina orang Melayu, Islam atau Agong, tetapi ia boleh dipulas begitu. Ia hanya membuktikan bahawa terdapat sekumpulan orang yang merupakan keluar mencari isu menonjolkan," katanya ketika ditemui pemberita ketika membuat sidang media di sini hari ini.
 
 
alt
 
 
Disamping itu, Teresa turut melahirkan rasa berang dengan tindakan kepimpinan Barisan Nasional (BN) yang kerap mengkritik video terbitan beliau selain turut menyebabkan beliau mendapat pelbagai ancaman.

"Jelaslah orang-orang ini mencuba untuk mendaki tekanan di polis cas saya.

"Sekarang satu lagi ayam telah dikorbankan, saya tertanya-tanya sama ada (Wanita MCA ketua) Heng Seai Kie akan mengeluarkan satu lagi kenyataan menunjukkan simpati dia untuk ayam," katanya.

Pejabat pusat perkhidmatan Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok hari ini dikejutkan dengan tindakan pihak yang menyimbahcat merah di bahagian tangga pintu masuk.
 
Kejadian yang dikenalpasti sekitar jam 9 pagi tadi itu telah disahkan oleh Teresa Kok menerusi laman facebooknya sebentar tadi.
 
Malah, seekor bangkai ayam turut dijumpai seorang kakitangannya yang tiba di pejabat.
 
Sebelum ini,  gabungan NGO menawarkan ganjaran RM500 kepada mana-mana pihak yang berjaya menampar Ahli Parlimen Seputeh berserta dengan gambar.
 
Bagaimanapun jumlah tersebut  dinaikkan kepada RM1,200.
 
Kewujudan klip video berjudul 'Onederful' Malaysia CNY 2014 yang dikeluarkan oleh saluran bernama DAP Seputeh mula mencetuskan rasa tidak puas hati ramai pihak termasuk kaum Melayu dan masyarakat Cina sendiri kerana dikatakan penyebab kepada perpecahan kaum.
 
Malah, lebih 300 laporan polis dibuat di seluruh negara terhadap Kok berhubung perkara itu.
 
Selain menggesa permohonan maaf secara terbuka, tindakan undang-undang termasuk menggunakan akta hasutan juga disarankan supaya dapat dikenakan kepada Kok dan pelampau politik lain.
 
Kewujudan klip video berjudul 'Onederful' Malaysia CNY 2014 yang dikeluarkan oleh saluran bernama DAP Seputeh mula mencetuskan rasa tidak puas hati ramai pihak termasuk kaum Melayu dan masyarakat Cina sendiri kerana dikatakan penyebab kepada perpecahan kaum.
 
Malah, lebih 300 laporan polis dibuat di seluruh negara terhadap Kok berhubung perkara itu. 
 
Selain menggesa permohonan maaf secara terbuka, tindakan undang-undang termasuk menggunakan akta hasutan juga disarankan supaya dapat dikenakan kepada Kok dan pelampau politik lain

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.