Kes Cerai Nurul Izzah : Kedua-dua Pihak Masih Berbincang

Rakyat News

KUALA LUMPUR 18 Feb - Perbicaraan kes cerai anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Izzah hari ini bersambung di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini.

Peguam Nurul Izzah berkata, setakat ini kedua-dua pihak masih berbincang dan menyelesaikan kes tuntutan fasakh ini.

Sebutan semula kes tuntutan fasakh Nurul Izzah, 34, ke atas suaminya Raja Ahmad Shahrir, 35, di hadapan Hakim Syarie, Ab Malek Awang selepas sebutan kali pertama pada 22 Januari lalu.

Nurul Izzah yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR)  membuat tuntutan fasakh bagi membatalkan perkahwinannya pada akhir Disember tahun lalu.

Notis tuntutan tersebut diterima suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar, 35, pada 16 Januari lepas.

Nurul Izzah, 33, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, 35, telah berkahwin pada 9 Mei 2003.

Pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya mata.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.