Tengku Adnan : PAS Parti Ajaran Songsang

alt

KUALA LUMPUR 10 Feb - Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menganggap parti PAS adalah parti ajaran songsang kerana mengeluarkan beberapa fatwa yang tidak boleh di terima oleh masyarakat Islam di negara ini.

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor juga merupakan Setiausaha Agung UMNO berkata, UMNO dan Barisan Nasional akan mempertahankan aqidah umat Islam dari amalan yang dilakukan oleh parti PAS.

" Ia yang mula-mula kafirkan orang UMNO, berkata sembahyang dua imam dan pegawai  UMNO yang menikahkan  orang Islam tidak sah. Dan apa yang dilakukan hanya akan memesongkan aqidah umat Islam.

"Kita hendak mempertahankan aqidah umat Islam kerana parti UMNO dan BN sedar apabila dunia hendak akhir zaman pelbagai dugaan yang akan sampai. Ia bukan saja berlaku dalam agama Islam malah berlaku juga kepada agama Kristian dan hindu," katanya ketika berucap pada Majlis kenduri 1 Wilayah Persekutuan di Flat PPR Gombak Setia, semalam.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Loga Bala Mohan, Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Datuk Dr. Mohd Shafei Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Mat Ehsan dan Timbalan Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Datuk Haji Mahadi Che Ngah.

Tambah beliau, penyelewengan telah dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab dengan beberapa amalan songsang  telah tiba di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur.

"Saya tahu di Segambut, ajaran syiah datang dan puak seperti mereka ini gila seks dengan mengamalkan Mut'ah iaitu khawin kontrak. Apabila saya bertanyakan kepada seorang kawan dari Iran, ia mengatakan betul mengenai perkara ini malah kaum perempuan juga boleh mengamalkannya," katanya lagi.

Sementara itu Tengku Adnan menyeru agar penduduk di parlimen Wangsa Maju supaya berjihad agar BN berjaya untuk menakluk kembali Wangsa Maju dari parti pembangkang.

"Mari kita berjihad untuk menentukan bahawa Wangsa Maju ini dapat dibirukan semula," katanya lagi.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.