Projek RM1 Bilion Kerajaan Selangor : SPRM Belum Buka Kertas Siasatan

alt
Suruhanjaya Pilihan Raya malaysia (SPRM) perlu membuka kertas siasatan dengan segera bagi menyiasat kelulusan projek Solar Photovaltaic Power Plant bernilai RM 1 bilion kerajaan Selangor berikutan terdapat keraguan pada perjanjian tersebut.

Projek tersebut telah mendapat kelulusan kerajaan Selangor dalam tempoh lapan hari melalui rundingan terus dengan keadaan negeri menghadapi masalah krisis air kronik mengatasi keperluan sumber tenaga elektrik.

Projek gabungan bersama Yayasan Selangor ini menjadikan badan untuk membantu pendidikan anak-anak Selangor sebagai landasan kepentingan peribadi ahli politik DAP mengaut keuntungan.

Hasil tinjauan mendapati, projek tersebut melibatkan Ahli Parlimen Seputeh sebagai orang tengah bagi membangunkan projek tersebut di atas dua keping tanah di Dengkil dan Kuala Kubu Baru yang turut dikongsi bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang Dr Halimah Ali dari PAS.

Goldsino Investment Development Limited berpangkalan di Zhuhai, China telah menghantar surat pertama  kepada kerajaan Selangor bertarikh 14 Disember 2011 bagi tujuan mendapat kelulusan pajakan selama 25 tahun di atas kedua-dua tapak tersebut.
alt
alt
Surat tersebut menyatakan penghargaan kepada kerajaan Selangor diatas penyertaannya di dalam projek solar itu.

Jelas timbul keraguan pada surat berkenaan berikutan kandungan tersebut menunjukkan telah berlaku perbincangan awal antara pihak kerajaan negeri bersama Goldsino untuk menjayakan projek mega itu.

“we would to express our sincere appreciation to Yayasan Selangor for inviting us to participating for the above project”.

Menurut sumber, Goldsino telah diarahkan oleh Teresa untuk menggunakan ayat sedemikian bagi mengelakkan dirinya dikaitkan bersama projek tersebut.

Anak syarikat kerajaan negeri, Yayasan Selangor kemudiannya mengeluarkan surat hasrat (LOI) kepada Goldsino pada 22 Disember, lapan hari selepas surat pertama dihantar.

LOI tersebut telah mendapat tandatangan Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor Raja Amir Shah.

Enam hari kemudian (28 Disember 2011) LOI telah dihantar secara rasmi kepada Goldsino menunjukkan kesediaan kerajaan negeri untuk menjalankan projek tersebut, sehari selepas perjumpaan antara kedua-dua pihak berlangsung.
alt
alt

Pertemuan antara Yayasan Selangor dan Goldsino dihadiri lapan wakil perbadanan kerajaan negeri dan seorang wakil Teresa, Kok Chee Keong.

Dalam tempoh 14 hari, sebuah projek bernilai RM 1 bilion telah diluluskan menerusi perbincangan terus berkemungkinan berlakunya ketirisan dalam pentadbiran kerajaan negeri sejak pengambilalihan kuasa pada Pilihan Raya Umum ke-12.

Perkara hampir sama juga berlaku di beberapa kawasan di Selangor menerusi projek Datum Corporation yang menggunakan tanah rizab untuk membangunkan kawasan perumahan mewah.

Contohnya pembangunan projek kondominium mewah Datum Jelatek diatas kawasan tanah perumahan kos rendah dimana pada awalnya projek tersebut adalah bagi tujuan menaiktaraf rumah pangsapuri namun ianya berubah dengan campurtangan syarikat Singapura.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.