KUALA LUMPUR 27 Feb - Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) terus bermain politik mengenai isu air yang kini kian meruncing sungguhpun Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim telah mengikat perjanjian bersama kerajaan pusat untuk bekerjasama menyelesaikan masalah tersebut.
Ianya dikatakan kerana pemimpin tertinggi Pakatan Selangor tidak dimaklumkan terlebih awal mengenai perjanjian 'mengejut' itu berikutan banyak perkara perlu dijelaskan mengenai penstrukturan semula itu.
Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad berkata, perjanjian antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat haruslah dalam situasi 'menang-menang' dan kini masih menanti Perjanjian Persefahaman (MoU) yang ditandatangani untuk diteliti.
"Jika kerajaan negeri membayar RM9.65 bilion dan kerajaan pusat harus membayar lebih dari itu. Kerajaan pusat tidak boleh membayarnya seolah ianya percuma.
"Siapa akan tanggung kos tersebut? Semestinya pengguna atau rakyat. Mari kita berterus terang mengenai transaksi ini," katanya kepada pemberita baru-baru ini.
MoU tersebut ditandatangani Khalid bersama Menteri Tenaga, Teknologi Hijau, dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ingkili bagi membolehkan pengambilalihan konsesi bekalan air negeri.
Syarikat-syarikat tersebut termasuk, Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Splash) dan Konsortium ABASS Sdn Bhd (ABASS).
Menurut Khalid, Putrajaya akan menawarkan RM2 bilion bagi pengambilalihan tersebut dan kerajaan Selangor akan memberi syarikat-syarikat tersebut RM 9.65 bilion disamping mengarahkan pembinaan loji rawatan air Langat 2 dalam masa terdekat.
0 comments:
Post a Comment