BALAKONG 23 Feb - Penderitaan rakyat Selangor di Balakong yang merana akibat ketiadaan air selama 2 minggu terbukti cuba dipolitikkan oleh wakil rakyat kawasan itu, Eddie Ng Tien Chee malah dianggap suatu tindakan bodoh.
Pengerusi Rukun Tetangga Taman Impian Ehsan Mejar (B) Abdul Rahim Mohd Amin berkata tindakan Eddie yang menuding jari terhadap pihak lain berhubung krisis air di negeri merupakan agenda untuk mempolitikkan isu.
"Air ini melibatkan kerajaan negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Eddie boleh bercerita apa sahaja. Saya rasa dia bodoh bahkan tidak kenal Balakong. Hari ini politik terlalu kuat, lepas Pilihanraya Kecil (PRK) Kajang pun akan ada siri politik dan kita akan bercerita pasal politik saja.Masalah air disalahkan UMNO sedangkan yang memerintah adalah kerajaan negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat (PR)," katanya ketika ditemui Rakyat News di sini semalam.
Semalam Eddie Ng di laman media sosialnya mengatakan UMNO mengagihkan air secara terpilih kepada penduduk Balakong.
Sehubungan itu jelas Rahim, kenyataan sedemikian memperlihatkan betapa ADUN DAP dan kerajaan negeri gagal mentadbir sebuah kerajaan dengan baik sehingga mencari helah menyalahkan pihak lain.
"Hakikatnya, selagi hujan tidak turun maka tiada air. Inilah kebodohan kerajaan negeri walhal pakar-pakar berkaitan sudah memberitahu air tiada kerana tiadanya tadahan (hujan),"
Sementara ditanya mengenai kenyataan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mendakwa krisis air di Selangor bukan pada tahap kritikal, Rahim dengan tegas tidak bersetuju dengan kenyataan politik sedemikian.
"Bagi saya MB bukan pakar dalam hal ehwal air. Pada saya dia hanya mempolitikkan keadaan. Dulu sudah ada pengalaman di Balakong Jaya. Masalah akan berterusan jika tidak diselesaikan dengan sempurna. Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) tidak boleh berbuat apa-apa selagi kerajaan negeri tidak bertindak. Jika tidak mampu, serahkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya kerajaan persekutuan tahu apa hendak dibuat," ujar beliau.
Dalam pada itu ketika diminta mengulas mengenai demonstrasi setiap petang di laluan masuk ke Taman Impian Ehsan anjuran sekumpulan kecil yang mendakwa mewakili penduduk pula Rahim berpendapat ia sekadar gimik politik meraih perhatian serta usaha untuk menyalahkan pihak lain.
"Penduduk sini ada otak untuk fikir, bukannya berdemo. Dia ingat bila duduk berdemo tu air akan ada," katanya.
Menurut Rahim sebelum ini ada cadangan supaya Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) membuat catuan namun ia tidak dilaksanakan berikutan mengakibatkan kualiti air yang tidak sihat. Tambahnya lagi, loji utama di Batu 11 yang berdekatan juga merupakan sebuah loji lama dan usang. Malah permainan politik kerajaan negeri berhubung pembinaan projek Langat 2 juga menyebabkan rakyat menjadi mangsa keadaan.
"Ada perkaitan dengan loji Langat 2, kalau sudah dilaksanakan 4 tahun lepas setidak-tidaknya masalah tiada air ini tidak menjadi terlalu lama. Taman Impian Ehsan ini adalah kawasan rendah dan jarang tiada air," katanya.
0 comments:
Post a Comment