PKR Gesa Hentikan Siasatan Teresa Kok : Beri Alasan Bazir Wang Rakyat

alt
 
KUALA LUMPUR 6 Feb - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) N Surendran hari ini menggesa agar pihak polis untuk menghentikan siasatan terhadap video yang dibuat oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.
 
Surendran memberi alasan bahawa tindakan itu membazirkan wang dan sumber dari rakyat dan mendakwa bahawa apa yang dilakukan oleh Teresa adalah tidak salah sama sekali mengikut Perlembagaan Persekutuan.
 
"Tuntutan kami (PR)adalah segera menghentikan penyiasatan ke atas video yang dibuat oleh Teresa Kok kerana tiada sebarang kesalahan yang dibuat.
 
"Semua laporan polis yang dilakukan hendaklah segera di digugurkan," katanya.
 
N Surendran berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Petaling Jaya, di sini hari ini.
 
Dalam pada itu, beliau turut berkata pemerintah sepatutnya mengambil kira perkara dalam Perlembagaan Persekutuan sebelum melaksanakan sebarang tindakan terhadap individu.
 
"Apa yang dibuat oleh Teresa Kok dalam videonya adalah mengikut haknya dalam fasal 10 Perlembagaan Persekutuan, jadi apa yang dinyatakan oleh Menteri Dalam Negeri, PDRM, Timbalan Menteri Dalam Negeri dan beberapa NGO yang membuat laporan polis adalah bercanggah dengan apa yang termaktub. 
 
"Jadi, pihak yang sebenarnya telah melanggar undang-undang adalah mereka yang seperti disebut tadi keran mereka dilihat seperti tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan," ujarnya. 
 
alt
 
Sementara itu, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin turut menyokong penuh hujah dan tuntutan yang diminta oleh N Surendran berkenaan video Teresa Kok yang dianggap telah dipolitikkan.
 
alt
 
"Apa yang disebutkan tadi adalah benar, semua itu hanyalah sindiran politik dan Teresa Kok adalah ahli politik, jadi kalau Barisan Nasional tak boleh terima, jangan masuk dalam arena politik lah.
 
"Jadi, jangan gunakan Teresa sebagai seorang wanita dan mengambil kesempatan itu untuk membuli beliau," katanya.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.