Isu ADUN Letak Jawatan: Pemuda Parti Gerakan Desak SPR Pinda Undang-Undang

Rakyat News

PUTRAJAYA 10 Feb - Pemuda Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) mendesak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) agar meminda undang-undang berkaitan sistem pilihanraya dengan tegas termasuk mengenakan denda RM100 ribu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan RM200 ribu kepada Ahli Parlimen yang meletak jawatan tanpa sebab munasabah.

Ketuanya, Tan Keng Liang berkata, sistem demokrasi dalam negara telah dipermain-mainkan oleh pihak-pihak tertentu bagi tujuan dan agenda peribadi.

"Hari ini kita hadir menyerahkan memorandum supaya SPR dapat mengkaji dan mencadang untuk meminda undang-undang ke parlimen. Mana-mana wakil rakyat yang letak jawatan tanpa sebab munasabah perlu didenda RM100,000 (ADUN) manakala RM200,000 untuk Ahli Parlimen.

"Pihak kami berpendapat sistem demokrasi negara telah dipermain-mainkan oleh pihak-pihak tertentu. Sejak lima tahun lepas kita dapat lihat tiga Pilihanraya Kecil (PRK) telah diadakan disebabkan oleh perletakan jawatan wakil rakyat tanpa sebab munasabah," katanya kepada Rakyat News selepas menyerahkan memorandum di Ibupejabat SPR di sini hari ini.

Memorandum berkenaan diterima oleh Pegawai Perhubungan Awam SPR, Sabri Said.

Selain itu, tambah Liang, parti yang diwakili juga perlu dikenakan tindakan tegas seperti tidak boleh bertanding untuk tempoh lima tahun.

"Mereka sepatutnya bertanggungjawab diatas perkara ini. Kami harap undang-undang ini dapat dipinda," tegas beliau.

Liang juga memberitahu bahawa cadangan dan permohonan kepada SPR telah dihantar oleh Pemuda Gerakan sebelum ini. Sehubungan itu beliau mendesak SPR supaya memandang serius hal terbabit.

"Dulu kita sudah hantar memorandum (2009) dan bukan masa untuk dikaji lagi. Apabila berlaku PRK di Permatang Pauh mungkin boleh diterima. Kini ia sudah menjadi budaya bagi mereka (PKR) kerana mereka tidak perlu untuk menanggung kos (perbelanjaan PRK).

"Misalnya di Permatang Pauh (2008) dimana Presiden PKR (Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail) letak jawatan untuk memberi laluan kepada suami manakala di Penanti (2009) adalah kerana memberi alasan mahu melanjutkan pelajaran. Terkini di Kajang letak jawatan kerana mahu memberi bos untuk bertanding.

"Setakat ini, saya lihat ia bukan melibatkan Pakatan Rakyat (PR) tetapi hanya parti Keadilan Rakyat (PKR) dan tren ini hanya berlaku dalam negara kita sahaja," ujar beliau.

Akhir Januari lalu, ADUN Kajang Lee Chin Cheh membuat tindakan drastik dengan meletak jawatan untuk memberi laluan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia sekaligus menyebabkan berlakunya PRK yang bukan sahaja menelan perbelanjaan wang rakyat malah membazir masa dan tenaga.

Sehubungan itu, SPR pada 5 Febuari baru-baru ini mengumumkan kekosongan kerusi di DUN N25 itu seterusnya menetapkan 11 Mac 2014 sebagai tarikh penamaan calon manakala 23 Mac untuk hari pembuangan undi.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.