MCA Setuju Masuk Kabinet

rakyatnews
 
KUALA LUMPUR 23 Feb - Setelah sekian lama berdolak-dalih mengenai tawaran kembali ke kabinet, MCA hari ini memutuskan untuk diserap ke dalam kerajaan selepas majoriti perwakilannya bersetuju pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM).
 
Presiden MCA DAtuk Seri Liow Tiong Lai berkata, resolusi tersebut disokong oleh 1,982 perwakilan yang hadir pada EGM tersebut manakala masin-masing lima dan empat perwakilan lain membantah dan bersikap berkecuali.
 
"Keputusan dalam EGM itu membuktikan bahawa perwakilan mahu MCA terus bersuara mewakili masyarakat Cina dalam Kabinet bagi menyelesaikan masalah mereka," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
 
Beliau ditemui pemberita selepas mempengerusikan EGM tersebut sejurus selepas Sambutan Ulang Tahun ke-65 di Wisma MCA, Jalan Ampang.
 
Namun jelas beliau, MCA tidak akan terburu-buru untuk kembali ke kerajaan berikutan ingin menyelesaikan isu dalaman parti terlebih dahulu.
 
Sebelum ini, MCA menolak tawaran untuk kembali ke kabinet ekoran prestasi merudum pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.
 
Penganjuran EGM lepas kemudiannya memutuskan parti tersebut akan menyertai kerajaan diperingkat negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan tetapi masih menolak untuk diserap ke pentadbiran pusat.
 
MCA kali ini mungkin akan diserap ke Kementerian Pengangkutan di mana Datuk Seri Hishammuddin kini memangku jawatan menteri kementerian tersebut.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.