Hanya 446 Penderma Organ Direkod Sejak 1976

alt
 
KUALA LUMPUR 18 Feb - Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesedaran Awam Pendermaan Organ Kebangsaan, Tan Sri Lee Lam Thye berkata hanya 446 penderma organ direkodkan sejak 1976 sehingga 31 Januari lepas. 
 
Beliau berkata daripada jumlah itu sebanyak 266 penderma berbangsa Cina, India (116), Melayu (26), lain-lain (27) dan tidak dinyatakan (11).    
 
"Jumlah itu (penderma organ) terlalu rendah berikutan kini sebanyak 18,384 pesakit sedang menunggu untuk pendermaan organ di negara ini," katanya kepada pemberita pada sidang media kempen 'Satu Ikrar Sejuta Harapan' di sini semalam.
 
Menurutnya, berdasarkan statistik itu yang dikeluarkan oleh Pusat Sumber Transplan Nasional, pesakit paling banyak yang sedang menunggu organ adalah pesakit buah pinggang 18,347; hati (22); paru-paru tujuh; jantung dan paru-paru empat; serta jantung empat.
 
Kerjasama dengan agensi kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), persatuan agama dan badan bukan kerajaan akan diteruskan untuk menangani isu salah tanggapan berkenaan pendermaan organ, katanya.
 
Pada sidang media berkenaan Lam Thye turut mengumumkan pelantikan tiga individu sebagai Duta Derma Organ iaitu penyampai radio Hot.Fm Mas Kieran Jakiran, Guru Muzik Tan Mei Ling dan Aktivis Sosial Chew Hoong Ling.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.