PRK Kajang: Apa Anwar Mahu?

alt
 
PUTRAJAYA 10 Feb -  Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu memberitahu kemahuan serta keinginan sebenarnya pada rakyat kerana keputusan untuk bertanding pada Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang akan datang seolah-olah terdapat agenda peribadi disebaliknya.
 
Ketua Pemuda Parti Gerakan Tan Keng Liang berkata, Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) DUN Kajang itu perlu menjelaskan kemahuan sebenarnya kerana proses menjalankan PRK menelan kos perbelanjaan kira-kira RM2 juta.
 
"Dia (Anwar) perlu berterus terang kepada rakyat apa yang dia mahu sebenarnya. Ini kerana setiap berlakunya PRK akan mengakibatkan kos perbelanjaan lebih kurang RM2 juta. Sudah kali ketiga (PRK) dan jumlah keseluruhan bagi tempoh lima tahun ini adalah RM6 juta," katanya.
 
Beliau berkata demikian kepada Rakyat News selepas menyerahkan memorandum berhubung pindaan undang-undang yang perlu dikenakan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ahli parlimen yang meletakkan jawatan tanpa sebab munasabah di Ibupejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di sini hari ini. [ARTIKEL DI SINI]
 
Keng Liang mendesak agar SPR meminda undang-undang dengan lebih tegas serta mengenakan denda RM100 ribu kepada ADUN dan RM200 ribu kepada ahli parlimen yang meletak jawatan tanpa sebab munasabah.
 
Sementara itu,  diminta mengulas mengenai keberangkalian berlaku PRK DUN Balingian di Sarawak berikutan perletakan jawatan penyandang yang juga merupakan Ketua Menteri Pehin Seri Taib Mahmud, Keng Liang menjelaskan ia sebagai situasi yang berbeza.
 
"Berbeza di Sarawak, Pehin Seri Taib Mahmud mahu letak jawatan untuk bersara, memberi peluang kepada pelapis atau muka baru. Ini bukan secara sesuka hati seperti hendak memberi suami bertanding. Lanjut pelajaran dan memberi laluan kepada bos," tegas beliau.
 
Pada hujung Januari lalu ADUN Kajang Lee Chin Cheh telah membuat tindakan drastik dengan meletak jawatan seterusnya memberi laluan kepada ketuanya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.