Ahli Parlimen Wangsa Maju Gagal Bantu Rakyat

alt

KUALA LUMPUR 10 Feb - Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hanya menganggap wakil rakyat bagi parlimen Wangsa Maju, Datuk Dr. Tan Kee Kwong dari parti PKR hanya serpihan daripada parti pembangkang yang dilihat gagal membantu rakyat.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, persoalan mengenai kegagalan Barisan Nasional yang tidak diberi peluang dan diberikan kepada satu parti serpihan kerana hanya kecewa tidak diberi jawatan dalam gerakan dan mengambil keputusan untuk keluar parti.

"Wakil rakyat di Wangsa Maju ini dulu bekas Timbalan Menteri, kecewa tidak di beri tempat dalam gerakan lalu menyertai PKR dan bertanding di Wangsa Maju mewakili parti pembangkang dan ia hanyalah serpihan," katanya ketika berucap pada Majlis Kenduri 1 Wilayah Persekutuan di Flat PPR Gombak Setia, semalam.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Loga Bala Mohan, Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Datuk Dr. Mohd Shafei Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Mat Ehsan dan Timbalan Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Datuk Haji Mahadi Che Ngah.

 
alt

Beliau menambah, BN mempunyai peracangan yang telah dirangka akan tetapi Tan Kee Kwong tidak mengikut perancangan tersebut.

"Kita mempunyai perancangan tetapi dia tidak ikut, selepas tidak di iktiraf dengan pergerakkan dia keluar parti dan menyertai parti keadilan.

"Sewaktu saya menjadi Ketua Berhubungan Negeri BN, saya sendiri bagitahu dia supaya tukar sedikit penggundi ke Kepong tetapi dia tidak buat dan menang begitu tinggi dengan 12 atau 13 ribu undi," katanya lagi.

Tengku Adnan berkata, UMNO telah mengetengahkan wakil rakyatnya akan tetapi masih lagi tewas, lalu menyeru penduduk setempat untuk memikirkan apa puncanya.

"Saya mintak tuan puan tidak kira melayu, cina, india, iban, dan khadazan, tolonglah pikirkan punca kenapa kalah.

"Nak kata Datuk Dr Shafie tidak melakukan tugas, dia melakukan tugas dengan bermacam-macam bantuan dia bawa ke sini untuk rakyat setempat," katanya lagi.

Sebelum itu, Datuk Seri Tengku Adnan melawat Surau As-Sakinah dan menunaikan solat asar bersama penduduk setempat yang di imamkan oleh Ustad Rosli Ishak sebelum ke Dataran Flat PPR Gombak bagi meraikan Majlis Kenduri 1Wilayah Persekutuan bersama warga flat

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.