ANALISIS - Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang menjadi pembuka tirai Pilihan Raya Kecil (PRK) pada tahun ini. Ianya bukan disebabkan kematian, ataupun tindakan melompat parti. Akan tetapi kerana penyandang kerusi sebelum ini, Lee Chin Cheh mengambil keputusan meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Satu keputusan yang mencipta sejarah baharu politik Malaysia. Persoalannya, apakah alasan munasabah bagi seorang Ketua Pembangkang secara tiba-tiba mengambil langkah drastik bertanding di kerusi tersebut? Apatah lagi setelah berakhirnya Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) dalam satu tempoh yang agak lama.
Ada spekulasi mendakwa Anwar bakal memegang jawatan Menteri Besar Selangor. Akan tetapi telah dinafikan Anwar sendiri. Apapun ura-ura yang digembar gemburkan, PRK DUN Kajang ini pastinya menguasai bukti bahawa Anwar akan bertindak dalam menguasai Kerajaan Negeri Selangor secara tidak langsung setelah buntu dengan krisis tanpa henti di antara dua pemimpin PKR Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Pengerusi PKR Negeri, Azmin Ali.

Kritikan Ambiga
Tindakan Anwar turut mendapat kecaman dari bekas Pengerusi bersama BERSIH 2.0, Datuk Ambiga Sreenavasan membidas strategi Pakatan Rakyat (PR) yang mendakwa ianya tanpa memberikan penjelaskan secara terperinci kepada rakyat.
Ambiga berpandangan, ianya menggambarkan prinsip keadilan yang dicanang pimpinan PKR dengan mempermainkan pengundi di DUN Kajang.
Beliau juga mempersoalkan strategi Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang dilihat bakal mengambilalih jawatan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim jika berjaya memenangi kerusi DUN tersebut.

Faktor Pengundi Cina
Ramai juga mempersoalkan keputusan Anwar memilih DUN Kajang sebagai kerusi pilihannya. Apa istimewa kerusi N25 pada kaca mata Anwar? Faktor penyandang ADUN Kajang, Lee Chin Cheh dilihat kurang popular di samping tiada pengaruh politik yang kuat menjadi jalan mudah dalam perundingan.
Selain itu, kerusi ini juga merupakan antara yang mempunyai jumlah sokongan pengundi Cina tertinggi yang memilih PKR pada PRU13. Maka Anwar amat yakin akan mendapat sokongan penuh dari pengundi Cina di Kajang.
DAP yang sejak awal lagi telah menyatakan sokongan terhadap keputusan Anwar dengan jalan mudah mengerahkan jentera bagi memastikan 40.28% pengundi Cina bakal memberi sokongan penuh terhadapnya.
Mungkin strategi ini dilihat berkesan berdasarkan keputusan PRU12 dan PRU13 lalu. Namun tidak sedarkah bahawa pengundi Cina kini sedang diperbodohkan sebagai 'aset' utama mencapai cita-cita Anwar?

Pengundi PAS Protes?
PAS Selangor meneruskan sandiwara politik dengan memulakan mukadimah mengkritik tindakan Anwar. Pelbagai reaksi negatif dari setiap pucuk pimpinan Negeri dan sayap parti bagi memperlihatkan ketegasan prinsip politik parti tersebut.
Namun akhirnya, menerusi kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Suhaizan Kaiat semalam dengan rendah diri memberi sokongan padu terhadap Anwar untuk bertanding di DUN Kajang. Walaupun dikiaskan dengan kenyataan tiada kompromi dalam menyerahkan jawatan Menteri Besar Selangor kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
Kemenangan PAS menguasai 15 kerusi DUN Negeri Selangor tidak menjamin kekebalannya. PKR Negeri telah terbukti mengenepikan PAS apabila membuat keputusan ini tanpa mengadakan sebarang perjumpaan dari wakil PAS Negeri. Di mana semangat setiakawan dan perkongsian kuasa di dalam Pakatan Rakyat? PAS akhirnya tunduk mengibarkan 'kain putih' memberi laluan mudah kepada Anwar dalam meneruskan misi politik beliau.
Namun, mungkin sokongan 48.5% pengundi Melayu terhadap PKR di DUN Kajang bakal menurun. Ketegasan ini mungkin bakal ditafsir sendiri dari kalangan pengundi Melayu/Islam pro PAS.
Rekod Penasihat Ekonomi Bukti Kegagalan Anwar

Keputusan Anwar sememangnya bertujuan bagi mengambilalih kuasa pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang diterajui Khalid Ibrahim. Ternyata ianya sekaligus membuktikan rekod pencapaian Khalid Ibrahim dilihat gagal akibat konflik dalaman yang berterusan.
Namun, campurtangan Anwar tidak akan menstabilkan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor. Anwar sejak awal lagi telah gagal berdasarkan jawatan Penasihat Ekonomi Selangor yang dipegangnya sejak tahun 2008.
Kebanggaan beliau melaungkan kejayaan memperolehi lebihan wang menerusi laporan Belanjawan Negeri Selangor setiap tahun memakan diri apabila ianya tidak digunakan sebaiknya untuk memberi manfaat kepada rakyat secara maksimum.
Ditambah lagi dengan konflik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang menjadi gelanggang pertaruhan di antara Khalid Ibrahim dan Azmin Ali.

Keputusan Anwar ini telah memperbodohkan pengundi di Kajang yang dijadikan alat kepentingan politik peribadi beliau.
Mungkin pengundi Melayu dan India kini sedar akan strategi politik Anwar. Bagaimana pula dengan pengundi Cina?
Untuk rekod, seramai 48.5 peratus (19,050 orang) DUN Kajang terdiri daripada pengundi Melayu diikuti pengundi Cina 40.28 peratus (15,823); pengundi India 10.29 peratus (4,040).
Manakala bagi kaum bumiputera Sabah 0.20 peratus (78); bumiputera Sarawak 0.19 peratus (74); Orang Asli 0.03 peratus (10) dan lain-lain 0.52 peratus (203).
Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu, Chin Cheh menang dengan majoriti 6,824 dalam pertembungan enam penjuru, melibatkan calon Barisan Nasional (BN), Berjasa dan tiga calon Bebas.

0 comments:
Post a Comment