Krisis Air : Salah UMNO, BN?

alt
 
Krisis air yang melanda hampir dua minggu di Taman Impian Ehsan di sini, Balakong bukanlah isu yang wajar dijadikan mainan ahli politik kerana dalam hal ini keperluan rakyat perlu diutamakan.
 
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Balakong seharusnya berhenti menuding jari kepada pihak lain dalam mengalihkan isu melibatkan beliau dan cubaan mendapat pengaruh daripada penduduk di kawasan yang telah dimenanginya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu.
 
alt
 
Eddie Ng Tien Chee sebelum ini mendakwa penghantaran lori tangki SYABAS ke kawasan terjejas bekalan air di sana dieksploitasi UMNO yang kononnya hanya mengagihkannya kepada penyokong Barisan Nasional (BN) saja. 
 
Tetapi jika difikir secara logik, haruskah UMNO atau BN dipersalahkan berhubung krisis air yang melanda kawasan tersebut akibat penutupan Loji Rawatan Air Cheras Batu 11? Tindakan tersebut harus dilaksanakan berikutan berlaku pencemaran ammonia di Sungai Langat.
 
Eddie sewenang-wenangnya melemparkan tohmahan tersebut berikutan SYABAS mendirikan pusat khidmat setempat (PKS) di Taman Impian Ehsan (di Balakong) sejak 7 Februari lalu sebagai pusat menyalurkan maklumat pengagihan bantuan air kecemasan kepada pengguna.
 
alt
 
SYABAS memilih menempatkan PKS di lokasi ini kerana ia adalah laluan masuk utama ke Taman Impian Ehsan, Taman Desa Karunmas dan Taman Bukit Emas.
 
PKS SYABAS di Taman Impian Ehsan turut mendapat kerjasama penuh daripada Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Impian Ehsan, Zainal Abidin Zainuddin yang sentiasa mengiringi kesemua lori tangki air ke kawasan terjejas bekalan. 
 
SYABAS turut mengakui  kapasiti peralatan bantuan air kecemasan melalui lori tangki dan tangki statik adalah terhad serta tidak dapat memenuhi permintaan pengguna mengikut kuantiti yang dikehendaki.
 
alt
 
Tidak cukup dengan itu,  Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli turut mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah seolah-olah SYABAS membuat serangan politik terhadap Pakatan Rakyat (PR) Selangor dengan menganggu bekalan air yang berterusan.
 
Alasan SYABAS bahawa paras ammnonia yang tinggi dalam loji pembersihan air boleh dikurangkan jika berlakunya hujan tidak boleh diterima. Persoalannya,siapa Rafizi ingin mempertikaikan perkara yang bukan dalam kepakarannya? SYABAS lebih pakar dalam bidang tersebut, pasti SYABAS lebih mengetahui impak yang bakal diterima disetiap keputusan yang diambil.
 
Rafizi akan mengheret isu tersebut di persidangan Parlimen akan datang selain menggesa SYABAS mengambil tindakan secepat mungkin dengan menggunakan proses kimia.
 
Sekali lagi, Rafizi bertindak sebagai orang 'expert' dalam isu tersebut dengan memberi cadangan kepada pihak SYABAS yang lebih arif.
 
Oleh itu, sebagai wakil rakyat yang dipilih dan diamanahkan oleh rakyat untuk memikul tanggungjawab, Eddie seharusnya memikirkan jalan penyelesaian untuk menangani krisis air itu daripada berterusan menyalahkan pihak UMNO dan BN.
 
Menjenguk penduduk di kawasan yang hadapi krisis air dengan mengibarkan bendera parti bukanlah satu tindakan bijak ADUN kerana di waktu begini, rakyat amat memerlukan perhatian dan pertolongan individu yang bergelar wakil rakyat,bukan masa untuk mempromosikan parti.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.