shabery : TV Nusantara Platform Media Bahasa Melayu di Peringkat Global

rakyatnews_ahmad_shabery
 
 
BENGKULU 10 Feb - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menggesa agar hubungan kerjasama antara media Malaysia dan Indonesia harus dipertingkatkan dalam bidang penyiaran melalui perwujudan stesen TV Nusantara yang merupakan saluran berita global dalam bahasa Melayu.
 
Ahmad Shabery berkata, ia adalah bersesuaian dengan trend semasa media di beberapa negara utama dunia untuk melaporkan berita dalam saluran TV global mengikut kaca mata masing-masing dengan menggunakan bahasa sendiri.
 
"Kalau dunia Arab ada Al-Jazeeranya, kalau dunia yang lain ada CNN, saya kira untuk dunia Nusantara ada TV Nusantaranya," katanya sewaktu berucap pada majlis jamuan malam 'Keakraban Malaysia dan Indonesia'.
 
Menteri itu berkata beliau telah berbincang dengan rakan-rakan media di Malaysia dan mewakili pandangan mereka bahawa Jakarta menjadi peneraju stesen TV Nusantara itu dengan sokongan media dan kerajaan Malaysia.
 
Ahmad Shabery menjelaskan, negara lain di dunia turut berlumba mengetengahkan bahasa ibunda mereka melalui saluran berita seperti di Perancis, Itali dan Sepanyol.
 
Malah, beberapa negara utama sudahpun menggunakan bahasa mereka sendiri dalam saluran berita global seperti di Jepun melalui stesen NHK, China melalui CCTV, Korea Selatan melalui Arirang, Jerman melalui Duetche Wella dan dunia Arab melalui stesen Al-Jazeera.
 
Ahamd Shabery turut memberi contoh, bagaimana melalui ikatan bahasa Inggeris dan budaya telah mengakrabkan hubungan London dan Washington seperti aur dengan tebing, sentiasa bersama dan akan saling menyokong dalam keputusan dan pendirian masing-masing, begitu juga ikatan bahasa Melayu harus mengakrabkan hubungan Malaysia dan Indonesia.
 
 
alt
 
"Hubungan Inggeris dan Amerika katanya 'right or wrong this is my brother', maka kita katanya Malaysia dan Indonesia, 'right or wrong this is my brother'," katanya disambut tepukan gemuruh para tetamu.
 
Ahmad Shabery berharap pertemuan susulan antara pihak yang berkaitan baik di peringkat kerajaan dengan kerajaan serta antara perniagaan dan perniagaan yang melibatkan pemodal media dari kedua-dua negara akan dibuat selepas ini bagi merealisasikan penubuhan TV Nusantara itu.
 
Pasaran untuk TV Nusantara adalah besar dengan lebih 240 juta penduduk di Indonesia, hampir 30 juta penduduk Malaysia, dan beberapa juta lagi penduduk di Selatan Thailand, Brunei dan Singapura, adalah mewakili kira-kira separuh penduduk Asean, yang memahami bahasa Melayu.
 
"Kita mahu satu masa nanti bila kita bercakap tentang Komuniti Asean, yang bermula pada tahun depan, biar hegemoni (dominasi) berita Nusantara ini akan menjadi sebahagian daripada kekuatan dalam Komuniti Asean," katanya.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.