PETALING JAYA 18 Feb - Pengumuman bekas pemipimpin PKR Datuk Zaid Ibrahim untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang di dakwa akan membawa sebarang impak kepada Pakatan Rakyat.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Zaid bukanlah lawannya di Kajang berikutan pertempuran sebenar adalah antara beliau dan Barisan Nasional (BN).
"Saya rasa pertempuran sebenar adalah dengan calon BN.
"Saya perlu menjadi realistik untuk mengakui apabila mereka (BN) mengumumkan calonnya, kita akan menghadapi dengan pelbagai misi," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Zaid merupakan antara calon yang dikatakan akan bertanding menentang Anwar pada PRK kali ini bersama beberapa calon bebas termasuk penanyi veteran Herman Tino, bekas pembantu peguam Anwar, Yuktesh Vijay dan beberapa calon anak tempatan.
"Dua minggu lalu Zaid menyatakan untuk menyokong saya (di Kajang), dan kini dia kata tidak (akan sokong). Kita akan biarkan pengundi Kajang menentukanya," tambah Anwar.
Zaid mengumumkan untuk keluar PKR selepas pemilihan parti pada 2010 selepas mendakwa pemilihan tersebut telah diatur dan tidak lagi dapat bertoleransi dengan Anwar.
Beliau kemudiannya menubuhkan Parti Kesejahteraan Insan Malaysia dan bertindak meninggalkan parti tersebut selepas dua tahun berikutan tidak lagi mempunyai dana untuk menguruskannya.
PRK Kajang diumumkan kosong bulan lepas selepas penyandangnya Lee Chin Cheh menghantar surat perletakan jawatan kepada Speaker DUN Selangor berkuatkuasa serta merta.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kemudiannya menetapkan 11 Mac ini sebagai tarikh penamaan calon dan tarikh membuang undi pada 23 Mac.
0 comments:
Post a Comment