Anwar Sahkan Bertanding Jawatan Presiden PKR

Rakyat News

KUALA LUMPUR 11 Feb - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim buat kali kedua memberi kejutan kepada para penyokongnya apabila mengumumkan hasrat untuk bertanding bagi merebut jawatan Presiden parti yang disandang isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail.

Ketua Pembangkang itu berkata, Azizah yang telah bersetuju dengan keputusannya itu mahu mengurangkan aktiviti politik bagi memberi tumpuan kepada keluarga

“Di tahun-tahun kebelakangan ini, Azizah membayangkan untuk menyokong dari belakang, beliau mahu meluangkan lebih masa bersama cucu dan sekali gus menjaga datuknya,” katanya dalam wawancara bersama The Ant Daily malam tadi.

Anwar yang sebelum itu enggan menjawab soalan yang ditujukan dari wakil The Ant Daily itu menjelaskan, sudah tiba masanya beliau memikirkan secara serius mengenai jawatan tertinggi PKR setelah parti itu telah ditubuhkan sekian lama di bawah pimpinan isteri beliau

“Patutkah saya? Ya,  saya akan fikirkan saranan kamu secara serius," katanya.
Pemilihan PKR yang dijadual berlangsung pada November tahun lalu telah ditangguhkan pada Mei ini.
Sebelum ini, Anwar telah mengumumkan secara rasmi untuk bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang susulan perletakan jawatan penyandang kerusi, Lee Chin Cheh.

Keputusan beliau dikatakan bagi memegang jawatan Menteri Besar Selangor berikutan konflik berlarutan di antara Tan Sri Khalid Ibrahim dan Azmin Ali.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.