Khalid Ibrahim Sokong Tindakan Pecat 22 Kakitangan PKNS Holdings

Rakyat News

SHAH ALAM 6 Feb - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini menyokong tindakan PKNS Holdings Sdn Bhd (PHSB) memecat 22 kakitangan syarikat itu bagi mematuhi urus tadbir korporat merujuk hasil polisi Integrity Pact yang telah dilaksanakan.

Beliau berkata, ianya turut bertujuan bagi menjimatkan kos operasi PKNS sebanyak RM7 juta.

"Melalui saluran Integrity Pact, terdapat kakitangan PKNS memberi maklumat bahawa peluang kenaikan pangkat kakitangan tetap dalam PKNS terbantut apabila organisasi dan jabatan baharu diwujudkan yang diketuai orang luar dengan tangga gaji yang tinggi.

"Ini dibuat tanpa mengambil kira kepakaran dan pengalaman kakitangan yang sedia ada," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Kerajaan Negeri Selangor sini hari ini.

Beliau menjelaskan, tindakan tersebut turut berdasarkan laporan kajian dari Pengurus Besar PKNS Azlan Alfiah yang mencadangkan agar PKNS melaksanakan penyusunan semula organisasi dengan kadar segera.

"Antara cadangan itu termasuklah penamatan kontrak 22 kakitangan di mana berlaku pertindihan tanggungjawab dan tugas dengan kakitangan yang sedia ada dalam PKNS.

"Oleh itu prosedur penamatan kontrak itu mematuhi terma dan syarat mengikut perjanjian yang telah dibuat sebelum ini," katanya.

Khalid merujuk tindakan PHSB memecat 22kakitangannya tanpa sebarang sebab munasabah pada Selasa lalu.

Kesemua kakitangan PHSB, yang juga anak syarikat PKNS, menerima surat pemecatan itu dalam satu pertemuan dengan pihak pengurusan pagi tadi selepas hadir bekerja seperti biasa.

Surat itu ditandatangani Pengerusi PHSB, Datin Paduka Norazlina Zakaria.

Ianya disusuli dengan kecaman dari Pengurus Kanan Pemasaran PKNS, Dr Alif Aiman yang terkejut dengan pemecatan itu berikutan tiada sebarang perbincangan diadakan sebelum ini dan menganggap pemberhentian serta-merta itu menganiaya mereka.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.