Warga Emas Bersyukur : BR1M Ringankan Beban Rakyat

alt
 
KUALA LUMPUR 22 Feb - Warga emas sekitar Lembah Pantai hari ini memanjatkan rasa syukur dengan pemberian Bantuan Wang Rakyat 1 Malaysia (BR1M) kali ketiga yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
Menurut Mailamah Long, 70 tahun berkata, sebagai seorang suri rumah beliau sangat mengharapkan bantuan seumpama itu berikutan dirinya yang sudah kehilangan suami dan hanya mengharapkan nafkah dari anak-anak untuk menyara diri.
 
"Saya akan menyimpan sebahagian dari wang yang diterima dan sebahagiannya saya belanjakan untuk perbelanjaan harian sebab arwah suami saya dah tiada.
 
"BR1M ini sangat membantu sebab saya dah tua, sudah tidak bekerja, dan saya sangat berterima kasih dengan kerajaan Barisan Nasional dengan bantuan ini," katanya ketika ditemu ramah wartawan Rakyat News di Majlis Kenduri 1 Wilayah di Perumahan Desa Aman 1 PDRM di sini hari ini.
 
alt
 
Menurut seorang lagi warga emas, Nurbayah Haji Harun, 63 tahun, beliau meluahkan hasratnya yang mahu agar kerajaan meneruskan pemberian wang BR1M ini yang dianggap sangat membantu dalam perbelanjaan seharian.
 
"Kalau boleh saya berharap agar kerajaan meneruskan pemberian BR1M ini, dan saya sangat berbesar hati menerimanya.
 
"Saya sangat berterima kasih kepada kerajaan dan diharap agar ianya diteruskan sampai bila-bila," katanya.
 
alt
 
Bagi seorang ibu tunggal seperti  Aminah Idris, 61 tahun, beliau sangat gembira apabila menerima sumbangan BR1M ini dan berhasrat untuk membeli peti sejuk dengan wang diterima.
 
"Saya dah cadang, kalau ada lebih, saya nak beli peti sejuk sebab tiada peti sejuk di rumah saya, yang lama sudah rosak.
 
"BR1M yang saya terima sebelum ini, saya hanya simpan dan jika ada sebarang kecemasan dan memerlukan wang, baru saya akan gunakan," katanya.
 
alt
 
Menurut Abdul Rahman Nordin, 68 tahun yang juga seorang pesara, beliau berkata wang hasil penerimaan BR1M itu digunakan sebaiknya untuk perbelanjaan persekolah cucu-cucunya yang tinggal bersamanya.
 
"Saya membelanjakan wang BR1M itu untuk cucu-cucu saya, untuk persekolahan mereka dan juga untuk belanja harian keluarga saya.
 
"Saya sangat berterima kasih kepada Perdana Menteri kita yang telah menambah wang peruntukan BR1M dan ianya sangat membantu bagi golongan berpendapatan rendah seperti kami," ujarnya. 
 
alt
 
Pagi tadi, kerajaan telah mengumumkan pemberian BR1M 3.0 akan diagihkan kepada rakyat Malaysia 7.9 rakyat Malaysia bermula hari ini.
 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan majlis penyerahan BR1M 3.0 peringkat kebangsaan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aminuddin Baki. 

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.