'Puan Kat' Tidak Gentar Berlakon Video 'Onederful Malayia'

alt
KUALA LUMPUR 11 Feb - Pelakon yang membawa watak Puan Kat dalam video pendek 'Onderful Malaysia' bersama Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok tifak berasa gentar memainkan wataknya malah menganggap ia sebagai tugas profesional sebagai pelakon.

Kat atau nama sebenarnya Lim Ching Miau berkata, beliau juga tidak gentar walaupun telah beberapa kali disoal pihak polis berkaitan video kontroversi untuk membantu siasatan.

"Saya sebelum ini hanya melaksanakan peranan sebagai seorang pelakon (klpi video), jadi tidak ada apa-apa yang perlu ditakutkan.

"Saya juga akan memenuhi tanggungjawab sebagai seorang rakyat dan membantu siasatan polis," katanya kepada pemberita baru-baru ini.

Tambahnya, lakonan tersebut hanyalah tanggungjawab profesionalnya sebagai pelakon dan tidak berasa kesal di atas tindakannya itu.

Puan Kat turut menafikan wataknya di dalam klip tersebut menyerupai isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor sebaliknya sebagai menggayakan seperti seorang penghibur terkenal di Hong Kong, Lydia Shum.

"Saya tidak faham kenapa ia akan menjadi Rosmah, saya rasa diri amat menyerupai Lydia. Saya menontotn rancangan Lydia sejak kecil lagi," ujarnya.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan pernah dihadiri seorang lelaki berpakaian biasa dengan mengenalkan diri sebagai polis di kediamannya sekitar jam 11 malam.

"Apabila dimaklumkan mengenainya, saya rasa kurang selamat kerana memikirkan kes-kes penyamaran polis yang pernah berlaku sebelum ini.

"Selepas mengenalpasti bahawa polis yang mencari, maka saya dapat menguruskan apa yang berlaku secara tenang," katanya lagi.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.