Pemilihan Ketua AMK Jadi Pentas Perlawanan Kem Azmin dan Khalid


alt

KUALA LUMPUR 15 Feb - Perebutan jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) semakin sengit apabila Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini mengesahkan untuk bertanding pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mei ini.

Beliau turut menyenaraikan pasukan pilihannya membarisi jawatankuasa sayap parti itu termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teja, Chang Lih Kang sebagai calon Timbalan Ketua AMK serta tiga calon Naib Ketua AMK iaitu Nor Hizwan Ahmad, R Sri Sanjeevan dan Carol P Malawai.
 
alt

Nik Nazmi dijangka bakal bersaing dengan ADUN Batu Caves, Amirudin Shari dan Ketua AMK Negeri Sembilan, Nazree Yunus.

Pengumuman ADUN Seri Setia ini mengukuhkan lagi spekulasi bahawa pemilihan AMK kali ini bakal menyaksikan gelanggang pertarungan di antara kumpulan pro Azmin Ali dan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Menurut sumber dalaman, pasukan Nik Nazmi telah mewakili kumpulan Menteri Besar Selangor itu manakala Azmin Ali pula dibarisi pasukan pilihan Amirudin.
 
alt

Penyandang jawatan Ketua AMK, Shamsul Iskandar dikatakan bakal bertanding jawatan Naib Presiden PKR.

Sebelum ini, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kejutan kepada para penyokongnya apabila mengumumkan hasrat untuk bertanding bagi merebut jawatan Presiden parti yang disandang isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail.

Menerusi wawancara bersama The Ant Daily, Ketua Pembangkang itu berkata, Azizah yang telah bersetuju dengan keputusannya itu mahu mengurangkan aktiviti politik bagi memberi tumpuan kepada keluarga.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.