Krisis Air Tiada Kaitan Dengan Projek Langat 2 - Rafizi

rakyatnews
 
PETALING JAYA 26 Feb - Usaha kerajaan persekutuan dalam pembinaan Loji Langat 2 bagi mengelak berlakunya krisis air sejak beberapa tahun lepas disifatkan tiada perkaitan dengan penderitaan yang menimpa rakyat Selangor ketika ini.
 
Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli berkata situasi yang berlaku ketika ini hanya melibatkan keuzuran 2 buah loji sahaja iaitu di loji Batu 11 Cheras dan Bukit Tampoi.
 
"Tidak, berdasarkan pada kajian dan pengalaman saya ia tiada kena mengena dengan Loji Langat 2," katanya kepada pemberita dalam sidang media di ibu pejabat parti itu hari ini. 
 
Jelas Rafizi yang juga merupakan Ahli Parlimen Pandan, sistem penapisan di 2 buah loji terbabit tidak mampu untuk memproses air yang mengandungi amonia tinggi sehingga 1.5miligram per liter. Selain itu masalah kebocoran melibatkan saluran loji pemprosesan ke paip juga perlu dijawab oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dengan kadar segera.
 
"Bukan masalah air tidak cukup tetapi ia loji yang sudah lama. Paling teruk, SYABAS masih belum jawab yang cuba dilindungi oleh isu Langat 2 ialah, kebocoran air adalah 35%, daripada loji pemprosesan. Baiki kebocoran itu dulu, pasti tidak timbul isu tidak cukup loji, isu tiada air malah tidak timbul soal loji yang lebih besar dan sebagainya," katanya.
 
Sementara ketika diminta mengulas mengenai kenyataan kerajaan negeri sebelum ini yang mengatakan sumber bekalan air masih mencukupi, Rafizi memberitahu selain melihat kepada faktor cuaca dan kadar penggunaan setiap hari, tahap paras air juga bergantung kepada empangan. 
 
Katanya, empangan yang kritikal hanya melibatkan empangan Hulu Selangor dan empangan Klang.
 
"Sebab itu diputuskan bahawa mana-mana kawasan daripada 2 empangan ini diambil secara berkala supaya loji pemprosesan air dan SYABAS boleh mengawal air yang disalurkan ke rumah-rumah. Bukanlah negeri Selangor ini tiada air cuma ia dikawal sehingga akhir bulan Mac ini," ujar beliau yang baru berjumpa dengan pihak kerajaan negeri baru-baru ini.
 
Namun yang demikian, Kerajaan Persekutuan dan Selangor baru sahaja memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi penstrukturan semula industri air negeri itu sebentar tadi. MoU berkenaan sekaligus memberi laluan kepada pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 yang tertangguh sejak beberapa tahun lalu.
 
Sebelum ini, projek Langat 2 terpaksa ditangguhkan berikutan tindakan kerajaan negeri yang dilaporkan enggan memberikan kelulusan perintah pembangunan (DO).

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.