KUALA LUMPUR 18 Feb - Pengikut laman twitter dikejutkan dengan tweet Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas, Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi yang mendakwa sebuah kapal terbang tambang murah Air Asia terhempas berhampiran Putrajaya malam semalam.
Tweet beliau yang juga merupakan Penolong Setiausaha Agung Pas berbunyi "‘Air asia AK5110 fr (from) Kota Kinabalu to Kuala Lumpur crashed a minutes ago in KLIA International Airport near Putrajaya locality. Ya Rabb" itu mendapat reaksi pengikutnya di laman sosial tersebut.
Rata-rata pengikutnya memberikan maklum balas yang negatif setelah sedar bahawa maklumat yang diberikan oleh syed Azman tidak benar kerana salah seorang daripadanya memberitahu bahawa dia berada di airport dan tiada kejadian seperti yang disebutkan berlaku.
Antara lain mempersoalkan dari mana sumber yang diperolehi Dr. Syed Azman berhubung maklumat tersebut dan sewenangnya menyiarkan kenyataan yang belum tentu kesahihannya.
Syed Azman kemudiannya mengeluarkan tweet bahawa berita tersebut tidak benar.
Namun, dipilih menjadi seorang ADUN bukan bermakna perkara yang serius ini dijadikan mainan dan untuk meraih perhatian rakyat.
0 comments:
Post a Comment