KUALA LUMPUR 10 Feb - Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok terus dikecam pemimpin kaum Cina berhubung penerbitan klip video 'Onederful Malaysia CNY 2014' yang didakwa menghina pemimpin negara.
Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong mengecam tindakan tersebut dan beranggapan Teresa tidak sensitif serta matang dalam menyampaikan sesuatu mesej kepada umum sebagaimana yang diamalkan masyarakat Cina.
"Kalau orang Islam boleh bermaaf-maafan pada perayaan Aidilfitri, kita orang Cina patut melafazkan kata-kata yang akan membawa tuah kepada orang lain. Itu adalah sebahagian sedekah kepada orang lain.
"Kita tidak nak orang anggap budaya Cina yang memaki hamun dan mempersenda orang ketika perayaan. Itu bukan budaya kita (Cina) yang seharusnya melakukan perkara demi kebaikan semua orang dan tidak merosakkan hati orang lain," katanya kepada pemberita pada majlis makan malam Tahun Baharu Cina anjuran MCA Sabah malam tadi.
Beliau berkata demikian bagi mengulas video berdurasi 11 minit 39 saat menampilkan Teresa sebagai moderator bersama tiga panelis menyindir pentadbiran negara dengan memainkan isu-isu sensitif termasuk pencerobohan pengganas Lahad Datu.
Video bertajuk 'Onederful Malaysia' diterbitkan di Youtube dan disebarkan secara meluas menerusi laman sosial Facebook.
Sorotan penyiaran tersebut, Teresa dikecam pelbagai pihak mendesak beliau meminta maaf ekoran tindakannya yang melampaui batas kemanusiaan
0 comments:
Post a Comment