'Waythamoorthy Tamak, Biadap, Melampau' - Hishammuddin

hishammuddin Rakyat News
KUALA LUMPUR 19 Feb - Pengerusi Barisan Bertindak Hak - Hak Individu Hindu (Hindraf)P Waythamoorthy disifatkan sebagai biadap berikutan mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan berikutan tidak memenuhi kemahuannya.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, mainan politik Waythamoorthy jelas dipertontonkan apabila beliau cuba menyalahkan Perdana Menteri bagi menutup sikap mementingkan dirinya itu.

"Tindakan beliau selaku Timbalan Menteri yang menuntut agar semua bajet kerajaan untuk masyarakat India diletakkan di bawah kawalannya mencerminkan sikap tamak dan tidak ikhlas beliau dalam memperjuangkan nasib kaum India secara holistik, seperti yang dilaung-laungkan sebelum ini," katanya menerusi kenyataan kepada media, hari ini.

Hishamuddin berkata demikian bagi mengulas desakan Waytha mengarahkan Perdana Menteri meletakkan jawatan berikutan tidak bersetuju dengan cadangan meletakkan kesemua dana kepada komuniti India di bawah kawalannya.

Pengerusi Hindraf itu juga telah meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan juga jawatannnya sebagai Senator Dewan Negara.

Menurut Hisham, Waytha masih terpengaruh dengan pendekatan aktivis Hindraf yang diasaskannya dengan meletakkan tekanan dan desakan ketika berada di dalam kerajaan.

"Selaku Menteri Kabinet dan Naib Presiden UMNO, saya tidak dapat menerima tindakan Waythamoorthy menyerang kembali kerajaan selepas dilantik sebagai Timbalan Menteri.

"Keputusan beliau memilih meletakkan jawatan setelah hanya 9 bulan di dalam pentadbiran merupakan satu perbuatan khianat yang ternyata membelakangkan semangat setiakawan dalam kerajaan," tegasnya.

Jelas Hishammuddin, BN tidak pernah memingirkan mana-mana etnik dalam negara tanpa mengira fahaman politik seseorang itu.

"Sebagai contoh dalam usaha membangun dan meningkatkan jumlah sekolah jenis kebangsaan tamil di negara ini, kerajaan sudah memperuntukkan RM540 juta untuk pembangunan infrastruktur Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil sejak tahun 2009.

"Ini termasuk peruntukan RM100 juta setiap tahun bagi tahun 2012 dan tahun 2013. Kerajaan juga memperuntukkan peruntukan khas RM20 juta kepada 13 SJKT bagi tujuan pembangunan infrastruktur dan penyelengaraan bangunan pada tahun 2013," katanya lagi.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.