KUALA LUMPUR 17 Feb - Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan membaling daging dipercayai daging babi ke dalam masjid seperti yang berlaku di Masjid Cherok Tokun Pulau Pinang semalam.
Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan itu merupakan penghinaan melampau terhadap umat Islam di negara ini.
"Kita memang rasa dukacita dan mengutuk dengan sekeras-kerasnya tindakan yang tidak bertanggungjawab membaling daging babi ke dalam masjid di Pulau Pinang.
"Perkara ini bukan perkara baru dan ianya merupakan kemuncak penghinaan terhadap agama Islam,"katanya kepada Rakyatnews di Ibupejabat Perkasa di sini hari ini.
Ibrahim menjelaskan, Perkasa menentang sebarang penghinaan terhadap mana-mana sahaja rumah ibadat termasuk sekiranya ia berlaku terhadap gereja dan tokong.
"Perkasa mempunyai pendirian yang keras di mana kami menentang sekeras-kerasnya pihak yang menghina rumah-rumah ibadat tanpa mengira agama," katanya.

Dalam perkembangan yang sama, beliau memberitahu pihaknya telah membuat laporan polis berhubung penemuan daging babi di dalam masjid tersebut.
Ibrahim turut menyarankan supaya, jawatankuasa masjid dan surau di seluruh negara mengawasi keselamatan masjid dan surau di tempat mereka.
"Perkasa Pulau Pinang telah membuat laporan polis berhubung isu ini supaya perkara ini disiasat dengan segera sekali gus mendedahkan individu tidak bertanggungjawab dan biadap yang melakukan perbuatan terkutuk tersebut.
"Saya minta jawatankuasa dan ahli Perkasa di seluruh negara supaya dapat memberi masa untuk mengawasi keselamatan setiap surau, madrasah dan masjid kerana terdapat kecenderungan untuk melakukan penghinaan melampau terhadap rumah ibadah ini," ujarnya.
Semalam, Pembantu Imam Masjid Cherok Tok Kun Atas, Machang Bubok,, terkejut selepas menemui seketul daging yang dipercayai daging babi di hadapan pintu masuk masjid berkenaan.
Pihak polis turut menyatakan ketulan daging tersebut dipercayai daging babi berdasarkan ciri ketulan tersebut dan ia telah dihantar ke Jabatan Veterinar Negeri untuk diuji bagi mendapatkan pengesahan.

0 comments:
Post a Comment