"10 Kenderaan Itu Bukan Milik Saya" - Suhaimi

alt
 
KUALA LUMPUR 20 Sept - Laporan awal sebelum ini yang memetik bekas setiausaha Politik Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Datuk Suhaimi Ibrahim disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengundang berbagai persepsi sehinggakan ada pihak terlebih dahulu menjatuhkan hukuman kepada bekas setiausaha Politik itu.
 
Suhaimi yang berasal dari Lipis Pahang itu disiasat oleh SPRM di Putrajaya kerana didakwa terlibat dengan penyalahgunaan dana Akhiri Zaman Miskin (Azam).
 
Walaubagaimanapun, beliau menafikan kereta-kereta yang dirampas SPRM itu miliknya.
 
Dalam kenyataan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Rakyat News, Suhaimi menafikan bahawa beliau memiliki 10 buah kenderaan yang disita SPRM malah menurut beliau tidak ada satu pun kenderaan yang di sita SPRM adalah kepunyaannya mahupun ahli keluarga beliau.
 
"Siasatan SPRM bukan sahaja ke atas beliau malah ianya juga melibatkan beberapa individu lain terdiri daripada pegawai di Kementerian. Pendedahan media sebelum ini soalah olah saya seorang yang disoal siasat sedangkan ianya melibatkan beberapa individu lain," katanya melalui SMS.
 
Suhaimi memberi kenyataan tersebut sebagai megulas dakwaan bahawa beliau terlibat dengan penyelewengan dana program 1Azam dengan 10 buah kenderaan mewah turut dirampas.
 
Sementara itu, cubaan Rakyat News untuk mendapatkan maklum balas daripada SPRM berhubung isu ini masih gagal dan merasakan pihak SPRM seharusnya tampil menjelaskan pekara sebenar berhubung laporan media yang sebelum ini menyatakan 10 Kenderaan yang dirampas adalah milik Suhaimi.
 
Untuk makluman, Suhaimi merupakan Timbalan Ketua Bahagian Benda dan juga merupakan bekas adun Benta bagi penggal 2004 - 2008.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.