AES Dapat Kesan Kegiatan Penjenayah

alt

SABAK BERNAM 22 Sept - Selain mengesan pesalah trafik, polis akan menggunakan kamera-kamera di bawah Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dipasang di beberapa jalan di negara ini untuk mengesan kegiatan jenayah.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata ia mampu dilakukan kerana kamera AES itu diletakkan di kawasan strategik seperti di lampu isyarat dan beberapa tempat di jalan raya dan lebuh raya tertentu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita apabila diminta mengulas mengenai peranan PDRM dalam penguatkuasaan AES yang sebelum ini di bawah Jabatan Pengangkutan Jalan.

Mengenai saman trafik, Khalid mengingatkan mereka yang mempunyai saman tertunggak atau sudah dikeluarkan waran tangkap supaya menyelesaikan tunggakan saman masing-masing.

"Bila kami buat operasi di jalan raya dan kami kesan ada waran tangkap, kami tangkap di situ juga," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kesedaran Jenayah Amanita Peringkat Kontinjen Selangor di Sungai Besar dekat sini hari ini.

Beliau turut mengingatkan syarikat-syarikat pengangkutan dan bas untuk menyemak saman pemandu kenderaan mereka bagi mengelakkan perkhidmatan mereka terjejas jika pemandu telah dikenakan waran tangkap.

Mengenai Ops Cantas yang sehingga kini telah menahan lebih 10,000 orang untuk siasatan bagi pelbagai kegiatan jenayah terutama melibatkan kongsi gelap, Khalid berkata ia akan diteruskan.

"Tikus (penjenayah) mungkin lupakan jerat tapi jerat tak pernah lupakan tikus," katanya.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.