KUALA LUMPUR 19 Sept. - Perjanjian Hatyai 1989 memberi peluang kepada Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng pulang ke Malaysia.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata, hak Ching Peng untuk kembali menjadi warganegara Malaysia telah luput.
"Saya telah lihat butiran Perjanjian Hatyai 1989 dan mendapati Chin Peng sememangnya diberi peluang untuk kembali ke Malaysia tetapi beliau enggan berbuat demikian.
"Masa diberikan telah pun luput. Malah ramai yang masih emosi dengan kekejaman pengganas komunis itu kerana ramai yang telah terkorban dan cedera dalam keganasan komunis," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Jelas Najib, beliau tidak dibenarkan pulang sekarang hatta dalam bentuk abu mayatnya untuk ditanam di negara ini.
"(Chin Peng) tdak perlu diberi penghormatan terakhir kepada orang yang tidak bertanggungjawab membunuh ramai pejuang negara.
Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua yang tinggal dalam buangan di Thailand meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok pada pukul 6.20 pagi hari ini akibat sakit tua.
Sepanjang mengetuai komunis semasa zaman darurat pada 1948 hingga 1960 dan 1968 hingga 1989, pelbagai kekejaman dilakukan Chin Peng serta pengikutnya terhadap anggota keselamatan negara serta orang awam.
Mendiang bertanggungjawab mengepalai komunis membunuh sebanyak 2,083 anggota keselamatan negara dan mencacatkan 3,541 anggota lain manakala sebanyak 2,588 orang awam pula dibunuh dengan 1,490 yang lain cedera.

0 comments:
Post a Comment