Ibrahim Ali : Rakyat Tidak Harus Berdepan Masalah Subsidi

alt

KUALA LUMPUR 18 Sept - Rakyat Malaysia seharusnya tidak dibebani dengan masalah subsidi dan pihak kerajaan harus mengawal defisit dasar ekonomi baru.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, isu defisit tidak sepatutnya dijadikan sebagai isu untuk menghalang rakyat Malaysia berasa gembira.

"Saya bersetuju yang dimana kita harus mengawal defisit kerajaan dan dalam pada masa yang sama jangan dijadikan isu defisit ini suatu perkara yang boleh menghalang untuk membuatkan rakyat kita berasa bahagia," katanya kepada pemberita selepas Wancara Memperkasa Ekonomi Bumiputra Pasca Pengumuman Kerajaan anjuran Biro Ekonomi Perkasa di sini, hari ini.

Beliau berkata, kebanyakan subsidi sekarang di nikmati oleh golongan yang tidak sepatutnya atas dasar intesif.

"Terdapat beberapa syarikat yang mengelak dari membayar bil elektrik dengan jumlah yang besar atas alasan dasar intensif yang diberikan.

"Misalnya syarikat coklat menggunakan subsidi gula lalu mendapat keuntungan besar dan menyebabkan rakyat yang menderita kerana menanggung nilai subsidi yang tinggi ," katanya.

Tambah beliau, negara mempunyai sifat ketirisan, kebocoron maklumat dan penyalahgunaan kuasa lantas dengan itu rakyat menyalahkan kerajaan dan menggulingkan parti.

"Sudah tentu la kerajaan akan mengguling parti dengan keadaan sekarang dunia tanpa sempadan dan menyebabkan ketirisan berlaku dimana barang-barang dari luar diseludup masuk dan tidak membayar cukai lalu menyebabkan kerajaan kehilangan duit yang banyak.

"Jikalau kerajaan menggunakan sistem yang betul masalah isu hutang tidak akan timbul dan tiada ketirisan yang akan berlaku," katanya.

Ibrahim menambah, kekayaan yang dimiliki oleh negara cukup untuk melonjakkan ekonomi bumiputra dan memberi kebahagian kepada lain-lain kaum kerana mereka juga merupakan masyarakat Malaysia.

"Dulunya dasar ekonomi baru menghalang lain-lain kaum dan bumiputra saja mendapat peluang tetapi selepas tamatnya dasar ekonomi baru tamat lantas dengan itu ekonomi kaum cina meningkat.

"Ini bererti dasar ekonomi baru tidak menutup peluang kepada orang bukan melayu," katanya.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.