Bukti Keserasian Najib & Muhyiddin

alt

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin Khamis mengumumkan mereka akan mempertahankan jawatan masing-masing pada pemilihan parti bulan depan.

Najib mengumumkan bahawa beliau akan mempertahankan jawatan Presiden yang disandangnya sejak 2009 dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Tahunan Middle Temple 2013 di ibu negara.

Pengumuman Muhyiddin yang menawarkan diri mempertahankan jawatan Timbalan Presiden pula akhirnya menjawab segala spekulasi kononnya beliau akan bersaing bagi jawatan nombor satu dalam parti.

Pensyarah Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed berpendapat keputusan itu pasti disambut baik semua anggota parti, kerana ia mencerminkan perpaduan yang wujud dalam kalangan pemimpin tertinggi dalam UMNO.

Justeru itu, pengumuman itu disifatkan sebagai 'melegakan' kerana UMNO, menurut Ahmad Martadha, tidak boleh dibiarkan berantakan akibat perebutan jawatan seperti yang berlaku pada 1987 ekoran pertandingan antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah.

Kesinambungan kepimpinan dalam UMNO perlu, lebih-lebih lagi selepas pilihan raya umum ke-13 dan dalam konteks menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Ahmad Martadha menegaskan gandingan Najib-Muhyiddin sangat diperlukan bagi memastikan kestabilan dan kemakmuran negara ketika negara menuju matlamat menjadi negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.

"UMNO pada masa kini mempunyai kepimpinan yang berwibawa dan ia sangat diperlukan untuk parti itu melakukan pelbagai perubahan menghadapi PRU ke-14 untuk kesinambungan parti," katanya.

Sementara itu, Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia Dr Sivamurugan Pandian melihat bahawa pengumuman itu sebagai 'isyarat' daripada pemimpin parti kepada anggota untuk memelihara keharmonian parti.

Menurutnya, hasrat Najib mempertahankan jawatan Presiden dilihat 'kena pada masanya' kerana ketokohan dan kepimpinan beliau diperlukan untuk terus menerajui parti dan negara.

Ketua Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia Dr Ahmad Tarmizi Talib pula berkata tindakan Muhyiddin yang menyokong penuh pengumuman Najib mempertahankan jawatan Presiden menunjukkan keserasian gandingan dua tokoh itu.

"Jika mengikut konsep demokrasi, jawatan itu boleh dipertandingkan walaupun ada yang menentang (ia dipertandingkan).

"Tindakan Munyiddin bertanding jawatan nombor dua menunjukkan nilai ketimuran yang diselitkan pada konsep demokrasi (iaitu menghormati ketua) dan ini adalah satu bentuk nilai tambah yang dialu-alukan," katanya.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.