Nik Amar Bakal Lawan Mat Sabu?

alt
KUALA TERENGGANU 21 Sept –  Muktamar Tahunan Pas ke-59 kali ini menyaksikan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah berkemungkinan dicalonkan Pas Kawasan Kuala Nerus untuk bertanding jawatan timbalan presiden pada November ini.
 
Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Nerus M Shukrimun Shamsudin berkata, perkara itu akan diputuskan dalam mesyuarat Rabu depan untuk mencalonkan nama bagi jawatan presiden, timbalan presiden dan naib presiden..
 
Sekiranya pencalonan itu benar secara tidak langsung bersaing dengan penyandangnya, Mohamad Sabu dalam pemilihan parti itu tidak lama lagi. 
 
Sebelum ini, Pas Besut mencalonkan Nik Mohd Amar bagi jawatan timbalan presiden yang kini disandang Mohamad Sabu dan ketika ditanya sama ada pihaknya akan memilih Nik Mohd Amar, beliau enggan mengulas kerana tidak mahu mendahului keputusan parti.
 
Terdahulu terdapat dakwaan menyatakan wujud gerakan dalam parti itu untuk menyingkirkan Timbalan Presiden Mohamad Sabu apabila ada cadangan jawatan tertinggi dipilih hanya dari kalangan ulama.
 
Bagi jawatan presiden, pihaknya berkemungkinan besar mengekalkan pemimpin sedia ada untuk terus menerajui parti, namun jawatan lain akan dipertimbangkan melalui keputusan mesyuarat jawatankuasa kawasan itu.
 
“Kalau jawatan presiden tu, tiada orang lainlah (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) cuma yang lain itu, kita tunggu keputusan mesyuarat minggu depan kerana berkemungkinan jawatankuasa ada nama-nama lain,” katanya kepada akhbar Sinar Harian.
 

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.