Khairy Sambut Baik Calon Bersaing Ketua Pemuda Umno

alt

KUALA LUMPUR 17 Sept - Pemilihan Umno adalah satu pertandingan yang bersifat terbuka kepada semua ahli.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin berkata, bliau tidak rasa tergugat dengan mana-mana individu yang mahu mencabar malah mengalu-alukan sesiapa saja ahli Umno mahu bertanding merebut jawatan yang disandangnya itu.

"Pertandingan ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin menyertainya dan saya sedia menerima cabaran tersebut," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi dialog Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIAM).
 
alt

Sabtu lalu, anggota Umno Cawangan Bendang Baru, Bahagian Langkawi, Akhramsyah Sanusi Akhramsyah Muammar Ubaidah telah menawarkan diri untuk mencabar khairy Jamaluddin dan akan mengumumkan niatnya secara rasmi dalam masa terdekat ini.

Akhramsyah juga merupakan anak kepada bekas Setiausaha Agung Umno iaitu Tan Sri Sanusi Junid.

Selain daripada Akhramsyah, turut dilaporkan seorang lagi individu yang ingin bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda ini merupakan seorang blogger dan juga bekas Pegawai Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pertahanan iaitu Razman Hakimi Abdullah .

Razman dilaporkan akan hanya menyertai persaingan ini jikalau Akhramsyah membatalkan hasratnya untuk menentang Khairy.

"Jika beliau tidak bertanding, Insya-Allah saya akan mengumumkan hasrat dan niat saya melalui Facebook dan laman sosial.

"Walau apa pun, saya terpaksa menunggu pengumuman dari beliau kerana beliau merupakan senior dan saya hormat kepadanya. Lagipun kami memperjuangkan perkara yang sama di dalam Pemuda. Saya akan membantu kempennya dari akar umbi jikalau dia bertanding," katanya.

Pemilihan jawatan tertinggi sayap Pemuda akan diadakan pada 12 Oktober ini.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.