Kit Siang, Guan Eng Amal Kroni Dalam Parti - Tuan Tat

alt

KAJANG 20 Sept - Kuasa politik yang dipegang keluarga Lim sehingga hampir setengah abad dalam parti DAP terus menjadi tanda tanya sehingga kini.

Menurut bekas Pengerusi DAP cawangan Sungai Pelek Tan Tuan Tat, persoalan terus bermain dikalangan masyarakat dan akar umbi dalam DAP setelah melihat pelbagai situasi yang berlaku dalam parti yang disifatkan beliau penuh dengan agenda kroni dan kuasa.

"Kita sebagai umat Tuhan juga hairan bagaimana dia (Penasihat DAP, Lim Kit Siang) dapat pertahankan kuasa sehingga 47 tahun? Sedangkan Tun Dr Mahathir (mantan Perdana Menteri) melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri. Saya rasa apabila lepas jawatan dalam parti, mereka akan mati kerana mereka ini orang yang gila kuasa," katanya kepada Rakyat News ketika diminta mengulas mengenai pendedahan yang dibuat satu laman blog The DAP Insider bertajuk 'Pembohongan Keluarga Lim Mempertahankan Kuasa Dalam DAP' di sini semalam.

Blog tersebut yang menggunakan alamat sesawang http://thedapinsider.blogspot.com/ antara lain ada membongkarkan bagaimana Kit Siang mengawal parti DAP sejak sekian lama.

"Hampir 50 tahun Lim Kit Siang bukan sahaja memanipulasi perlembagaan DAP malah turut memanipulasi kehadiran perwakilan ke Kongres Kebangsaan serta pengiraan undi pemilihan CEC untuk memastikan dia atau dinastinya akan terus menguasai DAP," kata blogger DAP Insider itu. [KLIK DI SINI]


Justeru itu, Tuan Tat turut memberitahu kegiatan dan amalan kronisma terus berlaku dan parti yang dikuasai keluarga Lim itu ternyata tidak selesa dengan kumpulan atau individu yang tidak menyebelahi mereka.

"Orang yang kroni kepada Lim akan naik. Jika tidak, akan berlaku seperti Jenice Lee (bekas ADUN Teratai) yang disingkirkan. DAP ini suka 'Yes Man' (tunduk perintah). 'No' (suka membantah), tidak boleh berada dalam parti," katanya.

Tambah Tuan Tat, bukan sahaja kegiatan kronisma yang berlaku dalam parti malah tindakan garang Guan Eng selaku Setiausaha Agung menunjukkan kuasa vetonya menerusi kenyataan Setiausaha Organisasi, Anthony Loke Siew Fook apabila mahu mengadakan Kongres Khas DAP pada 29 September ini bagi memilih 20 anggota parti sekaligus melanggar perlembagaan parti klausa 8 artikel lapan dan sembilan.

Katanya lagi, parti DAP bukanlah milik bapa (Kit Siang) dan anak (Guan Eng) sepenuhnya. Maka itu sebagai bapa yang menjadi penasihat, adalah perlu menegur anaknya setelah ketahui kesilapan demi kebaikan dan ketelusan parti jika benar mempraktikkan amalan demokrasi dan profesionalisma.
Lantas yang demikian, beliau mengharapkan ahli DAP supaya dapat menilai dengan baik pemimpin atasan parti itu.

 "Akar umbi perlu buka mata dengan tenang, bukan dengan emosi. Memang ada benar mereka 'pelihara' sesetengah kumpulan (kroni). Tuhan beri kita otak, kita perlu fikir. Bukan ikut secara membuta tuli." tegas beliau.

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 antenapolitik.